Rezeki banyak, kesihatan bagus, minda power, hubungan terjaga dan kita dikelilingi orang bagus adalah kerana kita jaga 3 perkara ini:
1. Bagaimana kita bersyukur menggunakan hati.
– jika ada perkara tak baik berlaku kepada diri, bagaimana kita react.
– hati kita adalah rahsia kita dengan Allah. Orang lain takkan tahu. Kita boleh sorok wajah kita tentang suka, tak suka, sayang atau benci, namun hati, ia akan terpacul perasaan sebenar.
– jika kita react dengan hal tak baik dengan cara maki, tak baik, benci, maka kita akan merosakkan hati sendiri.
– jika kita react dengan bersyukur kita belajar, kita dapat teguran dari Allah, kita dapat itu ini, maka kita akan tenang dan bahagia.
2. Bagaimana kita bersyukur menggunakan perbuatan.
– kita jaga solat ke tak. Kita angkat tangan berdoa ke tak. Ke berpuasa ke tak. Kita bangun solat malam ke dak. Kita ada niat dan berusaha nak tunaikan haji atau umrah ke tak. Semuanya ada dalam diri kita setiap hari setiap saat.
– hari ini kita ada bantu orang lain ke tak. Kita ada beri makanan kepada makhluk lain tak, ada siram pokok tak, ada bantu isteri atau suami atau keluarga tak, ada beri kawan makan tak, ada beri sedekah tak, ada tunai zakat tak. Semua kena tanya kepada diri.
– kita ziarah ibu bapa ke tak? Kita peduli tak dengan keperluan adik beradik, saudara semua.
3. Bagaimana kita bersyukur dengan lidah.
– adakah di mulut kita ada istighfar setiap masa. Ada tak kita ini sering berzikir, cakap benda baik.
– jika kita bersembang mana lebih banyak. Positif atau negatif.
– jika kita marah, apa yang keluar dulu. Jika kita sayang apa yang keluar dulu.
Kawan-kawan,
Kita adalah apa yang kita syukuri. Bersyukur bukan sekadar sebut alhamdulillah. Bukan sekadar sujud syukur. Ia ada dalam kehidupan kita.
Kita sering rasa susah hati, gelisah orang kata itu orang cakap ini, kita pelik kenapa rezeki kita sempit, kita resah kenapa kita mudah sakit kepala dan sebagainya.
Cuba mula hari ini, bersyukur dengan hati, lidah dan perbuatan. Itu akan memudahkan hidup kita sampai kita pergi nanti.
Nak baik. Bersyukur sebanyak-banyaknya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
(Visited 1,644 times, 1 visits today)