Buku Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan

“Anak kecil berlarian dengan baju lusuh dan seluar compang – camping. Apabila didekati, tiada tangan rupanya. Ada ibu berdiri di luar khemah, didalamnya anak-anak sedang tidur kepenatan. Dia hanya berdiri kerana tidak tahu di mana hendak melepaskan lelah.

Kehidupan di celah kebinasaan umpama magis yang sukar untuk digambarkan. Hanya pohon tin dan zaitun jadi saksi. Melihat tanpa boleh membantu, memberi teduh tanpa menghilangkan haus.

Dari tahun 2011, lebih enam juta rakyat Syiria menjadi pelarian dan keluar dari negara sendiri. Mereka mencari perlindungan dan lebih penting, menyambung nyawa anak-anak yang masih kecil. “

Ini adalah naskah terbaharu hasil tulisan Khairul Hakimin Muhammad.

Setiap pesanan akan menerima hadiah istimewa beserta tandatangan penulis

Buku adalah “ready stock”

Buku akan dihantar dalam tempoh 2-3 hari selepas pelanggan membuat bayaran.

(Visited 446 times, 1 visits today)