Cadangan Masa Posting Media Sosial Musim Covid-19

Cadangan posting buat kalian yang berniaga:
 
1. 10.00 pagi – Post kempen #StayAtHome mengikut kreativiti sendiri.
 
2. 12 tengah hari – up sahaja iklan hard sell.
 
3. Kemaskini Covid-19 dari Telegram MKN. Copy sahaja dari sana. #Content yang ini sangat bermanfaat.
 
4. Jika perlu iklan lagi, buatlah. Namun pastikan ia boleh dihantar atau kalian tetapkan bila nak hantar produk kalian. Supaya tak berlaku salah faham atau kebimbangan pembeli.
 
Kita usaha, saya memahami kalian juga ada perut perlu diisi, ada tanggungjawab kanan dan kiri. Kita bukan orang kaya yang hidup tak perlu kerja beriya, tinggal di rumah emak ayah yang tak perlu bayar itu bayar ini.
 
Ya, kita saling memahami.
 
Ujian 14 hari ini nampak perit, namun ia datang dengan jutaan peluang di hadapan.
 
Tenang, semua akan ok.
 
Tak boleh berhenti berusaha ya. Ingat kawan, 14 hari ini kita semua duduk di rumah, kereta tak keluar dan awan kembali biru. Jalan sepi, udara pun jadi bersih.
 
Boleh jadi tak ada lagi asap tebal yang memutuskan hubungan kita dengan Allah. Jadi senang, lapang dan terus sahaja naik ke atas makbulnya.
 
Allah sayang, sebab itu Dia uji. Terus kuat ya.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita sama.
(Visited 1,131 times, 1 visits today)