Cakap Benda Baik Terhadap Diri Sendiri

Belajar untuk cakap benda baik terhadap diri sendiri, hal ini sangat penting dalam bab rezeki, bab keyakinan kepada Allah dan bab menghargai serta mensyukuri segala apa yang Allah dah beri. Mudah sahaja untuk tukar cara berfikir, ubah semua begini:
 
1. Jika nampak ada orang posting rumahnya besar dari rumah kita, atau keretanya lebih bagus, elakkan dari komen “mm dapat tengok jelah, memang takkan merasa”.
 
Komen begini, “Semoga Allah juga buat aku berusaha untuk capai rumah yang selesa buat kami sekeluarga.” Kena berusaha lebih lagi, belajar lagi untuk berjaya dan lebih berjaya.” Kalau orang itu boleh buat, aku juga boleh.”
 
2. Jika nampak ada orang lebih pandai melakukan itu ini, elakkan bercakap “mmm saya ni lembab sikit bab tu.” “Saya ni tak pandai.” “Mm sedihnya saya ni ramai kata slow, saya tak tahu nak buat apa.”
 
Itu semua kalian yang bina, kalian yang pergi susun batu bata penghalang. Ubah cara berfikir begini:
 
“Saya boleh belajar benda ini. Allah pasti bantu saya.” “Oh, saya kena masuk kelas. Insya-Allah boleh.” “Semua orang berjaya bermula dari dia tak tahu, dah dia tahu sebab dia belajar, jadi saya pun boleh belajar! Boleh berjaya!”
 
Kawan-kawan,
 
Kita yang pergi letak dan limitkan rezeki kita dalam kepala kita. Sedangkan Allah itu tak ada halangan untuk beri banyak mana rezeki yang kita usaha, yang kita perjuangkan dan yang kita perlukan.
 
Kita yang pergi letak halangan, kita yang pergi letak dinding, sedangkan rezeki Allah itu lebih luas dari langit, lebih luas dari Laut Cina Selatan.
 
Kita yang kena buka pintu kepala kita, kita yang kena buka minda kita, kita yang kena buka hati kita.
 
Apabila akal, hati, tubuh, jiwa semua mengikut nak mencari, nak berusaha, nak memohon, nak bertawakkal, maka Allah akan kabulkan.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Ubah hari ini juga. Bismillah.
 
 
 
(Visited 938 times, 1 visits today)