Cara Buat Jualan RM1 Juta Tanpa Kos Marketing

Ada rakan kami yang berjaya buat jualan RM1juta tahun 2019 tanpa guna ads langsung.

Hanya bangunkan posting di personal account sahaja. Semuanya menggunakan #content yang dibina dengan strategi berkesan.

10.00 pagi – Posting crowd. Susun dan rancang status yang orang akan klik butang share. Lalu dia sentiasa dapat follower baru setiap hari.

Kadang dapat 20 orang, ada masa jika postingnya viral, dia akan dapat 200-400 orang 1 malam.

1.00 tengah hari – up iklan. Terus sahaja hard sell. Tak ada serabut nak buat ayat simpang siur selekoh sana sini. Direct sahaja menjual.

Apabila crowd sudah naik, ikan sedang berkumpul, maka tebarlah jala.

Kadang boleh dalam 1 orang klien, ada masa dapat lebih 10 orang hanya guna 1 posting sehari sahaja!

Kemudian sekitar jam 5, up pula posting side. Sekadar nak beri engagement sahaja kepada wall sendiri.

Selesai 3 posting sehari.

3 posting sehari kali 365 hari setahun, dapat 1,095 posting setahun.

Dan dari sebanyak itu posting setahun, dapat sales RM1juta. Ianya bermula dari membina posting yang berkesan menggunakan content yang betul.

Kita nak, kita buat betul-betul.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 1,900 times, 1 visits today)