Cara Kekal Positif Dan Inovatif

Soalan: Bagaimana caranya untuk terus kekal kreatif dan innovatif dalam membina #content di media sosial sekarang?
 
Jawapan: Saya gunakan 8 langkah ini pada setiap hari. Sungguh, ia mesti pada hari-hari, jika tidak, kita akan lambat dari orang lain.
 
1. Pilih bacaan yang bermanfaat sahaja. Apa sahaja kebencian, keburukan, berita tak elok, semua tolak tepi dan berusaha elakkan dari ia masuk ke dalam kepala. Semua itu toksik.
 
2. Eksperimen selalu. Buat praktis tanpa orang tahu. Dalam dunia content, hanya tulis atau buat sesuatu yang berulang di mana-mana supaya ia kekal jadi tabiat yang bagus. Saya sendiri akan tulis sesuatu dalam folder “Just Do It” pada setiap pagi jam 8.50 pagi. Jika dulu, 100 patah perkataan boleh ditulis dalam 25-30 minit. Sekarang hanya 3 minit.
 
3. Perbanyak ambil catatan. Tak boleh duduk diam apabila mendengar atau melihat sesuatu. Mencatat atau rakam atau buatlah apa sahaja untuk didokumenkan merupakan perkara agung untuk terus kekal cerdas dalam berfikir.
 
4. Banyak-banyak gunakan mind-map. Ia sangat bagus dalam mencambah idea. Tulis atau guna mana-mana aps.
 
5. Mendengar sesuatu. Ikutlah kalian nak dengar apa, namun pilihlah yang boleh bangunkan diri. Al-Quran, ceramah, lagu, musik, semua boleh. Ambil sekitar 10-20 minit sehari untuk belajar mendengar.
 
6. Suka buat senarai (list to do) setiap hari sebelum mulakan apa-apa kerja. Terus buat jam
8.00am nak buat apa
9.00am nak buat apa
Sampai 6.00pm.
 
7. Sentiasa bina hobi baru. Terus mencari supaya kita terus mencuba dan mencuba perkara yang indah dan buat kita kuat. Ada ramai jutawan dan hartawan mempunyai hobi yang gila-gila.
 
4×4,
Travel keliling dunia,
Aktiviti lasak,
Diving,
Dan berbagai lagi.
Ini yang besar, yang kecil juga boleh contohnya cuba sketch sesuatu, lukis atau tulis perkara yang lebih mencabar.
 
8. Terus gembira dengan apa yang berlaku. Jika susah, atau berdepan dengan kesusahan, letak dalam kepala ia hanya sementara, kesenangan, juga sementara jadi kena berhati-hati dan terus kejar kejayaan yang lebih lagi. Ini semua mind set.
 
*****
Kita nampak orang ramai follower dan ada kekayaan serta kejayaan hidup sama seperti kita. Namun ianya berbeza.
 
Cara hidup, beza.
Cara fikir, beza.
Cara hadapi masalah, beza.
Cara begitu begini, semua beza.
 
Ia kerana mereka kreatif dalam banyak hal. Orang nak kata apa, lantakkan. Yang penting kita sendiri gembira dan bahagia.
 
Ingat, tulisan di media sosial boleh jadi toksik, boleh jadi ubat. Jadi pilihlah yang mana nak baca atau nak tulis.
 
Semua itu akan ubah diri untuk kita jadi apa hari itu.
 
Begitulah, tulislah kebaikan! Buat video kebaikan!

Khairul Hakimin Muhammad,
Kekal kreatif ya.
(Visited 714 times, 1 visits today)