Ini merupakan pengalaman saya sepanjang membeli secara online pada tahun 2017.
1. Saya akan ikut arahan yang terpampang di wall. Jika suruh PM, saya PM. Saya tidak akan beri komen pm-pm. Sekiranya dia suruh WhatsApp, maka itulah yang saya lakukan.
2. Kebiasaannya produk yang saya mahu beli itu memang saya sudah tahu ciri-cirinya. Jadi saya tak bertanya beriya-iya sana sini itu ini begitu begini. Penjual online tak ada masa nak layan soalan banyak begitu. Dah tanya karang, tak beli memang bikin depa hangin.
3. Selepas berhubung melalui PM atau WhatsApp, saya akan beri limit sehingga 1 jam sahaja untuk beliau jawab. Sekiranya tidak ada respon. Saya akan pergi mencari di tempat lain.
4. Sekiranya beliau jawab dalam tempoh tersebut, saya akan pilih untuk kurier. Rata-rata produk yang saya beli, saya tidak kisah membayar perkhidmatan penghantaran. Biasanya produk itu ok sahaja apabila sampai.
5. Sekiranya dia hanya boleh COD. Saya akan pastikan dia hantar, bukan saya pergi ambil. Jika tidak boleh, maka saya akan batalkan tempahan. Jika berniaga online, elakkan untuk tidak boleh menghantar sekiranya kalian buat terma COD.
6. Saya akan terus buat bayaran dalam tempoh terdekat. Sekiranya saya terlupa, biasanya mereka ini akan follow up dengan saya. Sekiranya kalian juga terlupa, maka alamatnya 2-2 rugi. Kalian tidak dapat sales, saya juga tak dapat produk.
7. Mana-mana peniaga online yang berurusan dengan saya akan buat follow up selepas barang sampai atau saya sudah makan produk tersebut.
Ianya cukup buat saya selesa dan saya sangat hargai kerja begini. Biasanya, mereka ini akan saya tempah lagi dan lagi.
8. Sekiranya produk yang saya dapat itu tidak ok. Maka saya akan beritahu terus. Jika penjual berkasar dengan saya, maka saya akan maklum tentang itu.
9. Saya tidak akan muat naik di media sosial. Dia akan rugi kerana saya tidak akan memesan lagi produk dengannya. Namun, rata-rata peniaga online hari ini sudah bijak. Mereka akan ganti dan memohon maaf atas kekurangan yang dialami oleh pelanggan.
10. Tak kiralah kita jadi peniaga online atau pembeli. Saling kena rajin tolak ansur. Sama-sama belajar sahaja dan set limit untuk kalian berinteraksi.
Biasanya saya tidak tanya banyak-banyak untuk membeli. Saya sudah tahu tentang produk tersebut lebih awal untuk saya berniat untuk keluarkan duit.
Jika kita ok dengan para peniaga ini, mereka juga ok nak layan kita. Dua-dua tak boleh nak diva-diva sangat. Kena cool sahaja okeh.
Begitulah.
Selamat berjual dan selamat juga membeli.
Khairul Hakimin Muhammad.