Cara Nak Tajamkan Otak

Melihat rumah Bapak Habibie, ruang tamunya sahaja dipenuhi ribuan buku. Sebut sahaja siapa yang sudah bergelar ikon, pemikir, usahawan dan membina empayar di mana-mana, mereka ini semuanya membaca buku.
 
Sama ada kalian nak menulis #content atau tak, kena membaca. Sama ada kalian nak bisnes atau tak, kena membaca.
 
Itu sahaja cara nak tajamkan otak. Ia dipanggil sebagai senaman minda. Seperti kita sendiri nak cergas, nak fit nak ligat, maka kita sering bersenam, maka begitu juga otak kita.
 

Mengapa orang hebat biasanya tenang dalam menghadapi banyaknya rintangan, stress dan konflik, kerana mereka banyak membuat senaman otak. Dan itu yang menjadikan mereka semakin kuat.

Mula hari ini baca 5 muka surat setiap hari,
Selepas seminggu tambah lagi 5 muka surat.
 
Selepas sebulan jadikan ia sebagai pembacaan rutin setiap hari mesti habis 10-20 muka surat.
 
Kalian lihat bagaimana diri kalian bercakap, berbincang, berhadapan dengan konflik serta bagaimana kalian selesaikan masalah.
 
Kalian sendiri akan rasa banyaknya perubahan.
 
Buku apa yang perlu dibaca? Buku yang kita suka, pilih sahaja apa-apa, janji membaca.
Tahun ini, saya membeli semua buku tentang BJ Habibie dan isterinya, Ainun. Juga buku-buku yang dinovelkan dari filem. Ya, biasanya novel dulu kemudian filem kan? Di Indonesia, filem dulu kemudian novel. Saya mahu belajar bagaimana mereka meletakkan emosi di tempat yang betul.
 
Baca kawan-kawan, kalian akan membina jati diri! Tak suka membaca, boleh dipupuk. Namun jika berkeras tak mahu berubah, banyaknya alasan begitu begini, maka kalian akan jatuh dalam gaung kebodohan, mudah berasa hati, tak dapat latih berfikir dengan rasional dan menghancurkan krediliti sendiri sekian lama.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
5 buku saya minta kalian baca:
 
1. Habibie dan Ainun.
2. Guru Aini.
3. Unbranding.
4. Wahai Tuhan, Maaf aku sedang sibuk.
5. Anak seorang drebar.
(Visited 635 times, 1 visits today)