Cari Kawan Sembang Idea

Kalau kita tulis benda positif, kemudian ada orang cakap “tapi ada je bla bla bla.” Tak perlulah layan komen itu. Itu toksik.

Kalau kita bersembang dengan kawan benda best, idea dan boleh diperbuat dan dia komen “tapi benda ni macam susah ja, macam malas ja nak buat.” Tinggalkan dia dan tak perlu lagi duk pergi sembang, kawan atau beriya nak ajak minum bagai. Itu toksik!

Kawan yang banyak “tapi” ini sangat toksik. Sama ada di media sosial atau betul-betul kita berhadapan, mereka toksik. Jauhkan diri okey!

Cari kawan yang sembang idea, yang boleh nampak masalah kepada peluang, kepada pasukan, kepada keseronokan dan dapat bantu orang.

Masalah adalah benda baik yang tak perlu ditapi-tapikan. Ia hanya proses nak jadikan kita jauh lebih baik lagi.

Jadi positif gais!

Bismillah!
Khairul Hakimin Muhammad,
Positif jalan terus.
(Visited 386 times, 1 visits today)