Pagi-pagi yang sejuk begini eloklah kita sediakan cekodok. Atau bahasa moleknya jemput-jemput. Versi kali ini yang suka di luarnya rangup, di dalamnya lembut ya Tuhan.
Tak cukup sepinggan. Boleh bergaduh jugalah jika emak kau buat sikit bebenar untuk kau makan tujuh beradik. Kahkah. Sekarang, kau kejutkan anak kau, ajak dia masak sekali. Nanti anak kau jadi pemalas, kau marah dia masa umur dia 35 tahun. Waktu itu entah-entah sudah terlambat. Cewah.
Cekodok ini yang buh bawang dengan ikan bilis. Kau boleh sahaja gantikan ikan bilis itu dengan ayam, udang, isi ikan, keju dan macam-macamlah. Suka tekak kau. Janji sedap.
Cekodok (Jemput-jemput) Sedap.
Bahan-bahannya ialah:
~ 3 senduk (senduk nasi) tepung gandum
~ 2 biji telur
~ 1/2 cawan susu segar
~ 1 sudu kecil serbuk penaik
~ Segenggam bara api. Kahkah segenggam ikan bilislah.
~ 2 biji bawang besar India.
~ Sedikit garam.
Cara-caranya kau tengok di gambar ya.
Kalau kau share, abang suka. Hihihi.
Masukkan tepung ke dalam besen hijau. Masukkan telur yang dipecahkan. Kau masukkan telur seketul gitu, alamatnya anak kau terkejut lalu pengsan dan boleh berbuih mulut.
Tumbuk 1 biji bawang besar bersama ikan bilis yang kau dah basuh bersih. Basuh itu dengan air sahaja. Sekarang pesen video tunjuk orang basuh dengan sabun. Tak lawak langsung video tu.
Baki lagi sebiji bawang kau cincang kungfu.
Masukkan semua bahan. Semua! Lepas itu kau kacau rata.
Kemudian kau kacau. Jika masih nampak tak sebati, kau masukkan sedikit air.
Ya sudah kacau rata dan jadi sedikit pekat begini, dah kira elok. Jika cair sangat kau tambahlah tepung.
Panaskan kuali dengan minyak mahal.
Kemudian, kau celupkan sudu ke dalam minyak. Ini nak mudahkan kau ceduk adunan cekodok tadi. Dia tak melekit lekitlah.
Ya ini pun nak kena ajar kau. Cedukkan sesudu.
Buh dalam minyak panas tadi. Hati-hati ya dik. Muah.
Kita goreng dia.
Sudah keperang-perangan, angkat dan hidangkanlah ke laki kau dan anak-anak kau.
Cicah pula dengan kuah kacang. Peh. Sedap! Selamat mencuba!