Antara soalan yang paling hangat tentang dunia penulisan saya di media sosial ialah kenapa saya tak pernah nak cerita perkara negatif, sedangkan perkara itu memang banyak berlaku di kalangan kita.
Kawan, jika saya mahu penulisan begitu, boleh. Maka saya akan dapat audien yang begitu juga.
Ada sewaktu dahulu, saya muat naik status gambar sikat tepi. Konon bergurau sahaja sebenarnya. Ya jujur memang niatnya bergurau. Tup tup di PM salah seorang rakan FB (wanita). Mula tanya tentang penulisan, kemudian bersimpang jauh bertanya tentang hal-hal bilik tidur.
Ikut hati jahat, boleh sahaja saya ceritakan siap print screen mengenai kata-kata lucah dan jahat beliau mengganggu saya. Boleh sahaja dengan mudah perkara itu jadi viral. Cuma, entahlah, saya rasakan ia tidak perlu.
Cukup sekadar saya setkan gambar itu sebagai ‘only me’. Dan kisah beliau tidak perlu disensasikan. Cukup sekadar selesaikan hal dengan beliau dengan menasihati dan bakal membawa ke balai polis jika beliau teruskan.
Maka beliau memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya kembali.
Saya doakan beliau insaf. Bertaubat dan tidak lagi mengganggu orang lain.
Demi Allah, saya tidak mahu cerita perkara negatif. Ia merugikan. Sudah terlalu banyak di media akhbar, untuk media sosial mari kita positif-positif.
Pernah dulu saya bertanya kepada salah seorang pakar motivasi, jika kita membaca perkara negatif atau menjadi manusia negatif selama satu minit, berapa lama masa paling cepat untuk kembali jadi positif?
Jawapannya ialah empat jam.
Minda dan emosi sukar bertolak ansur dengan perkara tidak elok. Sedang syaitan juga sentiasa menanti untuk memasukkan jarum, nafsu pula susah dikawal, memang ia sesuatu yang payah secara semulajadi.
Kool kawan. Kekal positif. Ingat Tuhan.
Khairul Hakimin. Muhammad,
Rindu kawan lama. Paling positif pernah saya jumpa, Fuad.