Saya Khairul Hakimin Muhammad.
Berasal dari Mentakab, Pahang dan kini menetap di Bandar Baru Bangi. Sudah Berkahwin dan punya seorang anak setakat ini.
Saya suka menulis, memasak dan menggembara. Tiga perkara itu ialah saya.
Di Facebook, saya suka menulis kehidupan harian, ulasan serta suka juga merepek-merepek. Saya berharap sangat kalian faham yang walau saya ada ramai pengikut, saya juga adalah manusia biasa.
Kadang-kadang saya up resipi, kadang-kadang cerita yang saya sendiri alami juga ada kisah-kisah yang saya dapat daripada berbual dengan kawan-kawan dan orang awam.
Hari ini, saya focus menyediakan copy-writing kepada beberapa syarikat mega, pemilik bines serta menyediakan bengkel dan kelas content management, story-telling serta penulisan viral.