Kawan-kawan,
Jika kalian mahu serius menulis, maka saya nasihatkan perkara ini:
1. Tulis 2-3 buku serentak, berbeza genre. Jika berlaku ‘writers block’ pada 1 buku, pergi tulis ke buku yang lain. Perkara ini akan jadikan kalian menulis secara konsisten.
2. Baca sekurang-kurangnya 1 buku seminggu. Wajib. Membaca akan buat kalian menambah perkataan. Akan elak dari ‘writers block’.
3. Buat latihan menulis di media sosial. Pilih stail sendiri. Jadi diri sendiri dan perbanyakkan perkongsian konten. Kalian akan dikenali secara otomatik dan perlahan-lahan.
4. Pergi kelas. Belajar dari bawah. Buat pelaburan untuk tambah ilmu dari sudut teknikaliti menulis buku. Ini sangat penting untuk tahu rules, dos and dont.
5. Hormat geng penulis, penerbit, pekedai, pembaca. Mereka inilah yang bangunkan kita secara percuma di media sosial.
Orang hanya nampak kita sudah ada puluh-puluh ribu follower, sudah dikenali dan senang sahaja disunting rumah penerbitan.
Yang orang tak nampak ialah kita kerja keras. Tidur dua tiga jam sahaja sehari. Baca hampir 4 buku seminggu, curi masa tulis itu tulis ini. Tidak pernah ada hujung minggu sampai terpaksa curi masa untuk bersama anak isteri.
Kerja keras kawan. Umur muda sesuai untuk semua ini. Tidak tunggu sudah berusia baru mahu mulakan. Buat sekarang, kejar dan berlari untuk berehat di masa mendatang.
Cipta masa depan kawan, bukan tunggu.
Khairul Hakimin. Muhammad,
Kerja Keras, Buang Malas.