Content Kebaikan

Rata-rata hari ini semakin ramai yang menggunakan medium sosial untuk perkara-perkara kebaikan. Malah, perkongsian santai dan pengalaman ringkas yang dilalui setiap hari membawa kepada pergaulan matang antara satu sama lain. Selepas mengikut beberapa seminar secara online dan diskusi secara offline, saya rumuskan begini:

i) Perlu hanya ada satu sahaja profil akaun di Facebook (FB). Ini adalah kerana semua audien perlu dikumpulan pada satu tempat walau tujuannya berbeza. Sebagai contoh, kita tidak mahu dikenali sebagai seorang bos di FB, maka dengan itu kita membuka satu lagi akaun hanya untuk bersosial di FB.

Tindakan ini akan mengundang dua profil yang mempunyai kecelaruan identity. Penipuan dan pengelakkan berlaku tanpa kita sedar. Kita mengelak untuk ketahui bagaimana identity kita yang sebenarnya, dan cuba untuk menggunakan medium FB sebagai alat untuk menutup kelemahan kita. Ini bahaya besar.

ii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun kita suka berniaga. Rata-rata peniaga dan pengusaha lebih suka membuka satu akaun lain dan menamakannya sebagai nama perniagaan seperti Azam RichCake, Siti Kedai Jam dan sebagainya. Ini sangat tidak perlu. Medium sosial dibina untuk bersosial dalam masa sama menjana kewangan. Melihat nama dan gambar profil yang jelas menunjukkan anda seorang jurujual mendatangkan bosan kepada bakal pembeli.

Terus kekal dengan nama Azam Bin Berazam tetapi jalankanlah perniagaan dengan nisbah post 5:1. Lima posting tentang kehidupan dan satu posting tentang perniagaan. Profil anda akan melonjak naik dan anda akan dapat meraikan penghormatan kredibiliti dalam empayar yang anda bina sendiri.

iii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun anda seorang yang dikenali. Ini adalah kerana profil anda adalah perkenalan besar kepada bakal-bakal pengikut anda yang baru. Membina satu lagi profil tidak akan mendatangkan faedah kerana butang Follow sudah pun tersedia untuk digunakan.

iv) Tidak perlu guna Fan Page sekiranya Profil anda sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Mr. Mark Zuckerberg sendiri tidak mempunyai Fan Page dan beliau lebih suka dikenali dengan pengikutnya di Akaun Profil beliau. Hanya klik butang follow. Kekuatan butang follow ini mempunyai aura yang tersendiri, pengikut yang sukakan posting anda akan sangat menghormati anda daripada Fan Page.

Fan Page bertindak sebagai ‘Fan’, sekiranya anda tidak menggunakan FBads, ia tidak membawa kesan maksimum. Tetapi Butang Follow bertindak sebagai ‘Follower’. Mana yang anda mahu guna? Kaki Kipas atau pengikut? Oleh sebab itu, Instagram menggunakan butang Follow dan lihatlah bagaimana selebriti bertaraf mega tanah air menggunakan medium itu untuk menarik individu demi individu dari hari ke hari.

(Visited 531 times, 1 visits today)