Bermain dengan #Content mesti beri kesan (impact) kepada audien. Jika tidak, ia beri maksud apa yang kita up atau post tidak beri manfaat pun kepada mereka.
Boleh jadi sebab itulah posting kita tidak diklik butang share.
Maksud impak positif itu ialah:
1. Apabila kita tulis, orang faham.
2. Apabila kita tulis, orang buat terus.
3. Apabila kita tulis, orang beli terus.
Nombor 1 dan 2 menjurus kepada posting #crowdyang mana ia termasuk dalam kategori To Educate, To Inform dan To Inspire. Susun matlamat posting supaya kita tahu ia untuk apa.
Kemudian nombor 3 adalah untuk mereka yang menjual. Pastikan tulisan kita itu akan sebabkan orang membeli. Bukan sekadar main campak atau meleret yang bukan-bukan. Ia mesti kurang dari 30 saat semasa membaca, orang terus mahu tekan butang pembelian.
Sekarang dapat sesuatu? Ok mari teruskan beri kesan baik kepada semua orang! Bismillah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Berhenti dipuji-puji, teruskan memberi erti.
