
Orang bisnes:
- Jika ada ejen, #konsisten menulis tentang strategi jualan dan pemasaran untuk mereka sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 11.00 pagi.
- Jika ada produk, konsisten #menulis tentang penerangan #produk, proses, kelebihan serta bagaimana untuk dapatkan produk itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 4.00 petang.
- Untuk naikkan follower, konsisten menulis perkara yang kalian sering buat, contohnya memang suka memasak, suka travel, suka hadiri kelas, suka makan, suka melayan keletah anak-anak dan sebagainya. Up hal kehidupan yang ada #content ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad jam 9.00 pagi atau 5.00 petang.
- Untuk kekalkan #Engagement di kalangan friends dan #follower, sentiasa muat naik hal yang memudahkan orang komen seperti #contest atau hal jenaka, punchline, lawak, bermain dengan isu namun jenakakan hal tersebut, lucu serta hal-hal yang biasa seperti selfie, ambil gambar dan letak caption yang boleh buat orang ketawa. Posting ini perlu dimuat naik selepas kalian buat posting #iklan. Sangat baik 8-12 kali seminggu.
- Untuk dapatkan #jualan, muat naik iklan pada setiap hari jam 12.00 tengah hari. Apabila iklan dimuat naik, biasanya engagement akan turun. Namun kalian punya fokus ialah untuk dapatkan jualan. Ianya ok. Yang penting ialah duit masuk. Selepas 1-3 jam, buat posting nombor 4 di atas.
Engagement – Share dan Follower saling berkait. Bermainlah dengan jadualkan posting supaya kalian dapat kesannya.
Biasanya dalam tempoh 6 bulan, kalian akan dapat:
✅ kenaikan follower 1,000-5,000 orang (atau lebih).
✅ jualan naik mendadak.
Zaman ini adalah zaman #ContentMarketing. Muat naik posting tanpa rancang, tanpa susun, tanpa rasa tanggungjawab, kalian tak akan dapat hasil.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita buat sama-sama.
(Visited 1,332 times, 1 visits today)