Content Wajib Share

Sekiranya kalian mahu menambah pengikut (follower), kalian wajib membuat posting yang orang akan klik butang share.

Jika hanya banyak like dan komen, ia sekadar memberi ‘enggagement’, bukan ‘reach.’

Share akan meluaskan profile kalian ke orang baru. Di situ jalan bertemu untuk menaikkan pengikut.

Antara perkara yang kalian boleh buat mengikut bidang masing-masing ialah:

1. Adakan posting bersifat DIY. Contoh: Kalian dalam bidang pertanian, maka buat bagaimana mahu mencantas pokok, bagaimana membua tut, bagaimana mahu melebatkan buah, bagaimana memberi orkid sentiasa berbunga.
Buat bergambar dengan mood step by step.

2. Adakan posting bersifat tips. Ianya bagus untuk kalian menyebarkan ilmu yang kalian tahu. Sebagai contoh, tips kurus dengan teh hijau, minum pada setiap pagi dan malam, jika ada angin dalam badan, tambah sedikit halia. Jika selalu selsema, tambah sedikit madu dan lemon.

3. Buat posting ulasan. Tak kira ia dalam bidang kalian atau tak, ulas sesuatu perkara atau isu akan mendekatkan kalian kepada audien. Ingat, hanya yang beri impak positif sahaja.

4. Buat posting cerita. Tulis cerita kalian atau cerita orang lain yang beri impak positif kepada audien. Ingat, cerita yang bagus biasanya akan dikongsi secara meluas.

Share = tambah follower.

Itu sahaja sifirnya.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Suka baca tips dan posting DIY.

(Visited 910 times, 1 visits today)