Contoh Posting Yang Orang Share

Contoh posting yang boleh buat orang klik butang share:

1. Apabila orang baca posting tersebut, dia terus boleh buat. Contohnya:
– DIY berkebun, susun atur dalam rumah, resipi, tips kecantikan, tutorial tudung, petua, make up, permotoran, fesyen, hal kebersihan, bersenam dan tekniknya serta hal-hal kehidupan yang mudah untuk diikuti.

2. Apabila orang baca #posting tersebut, dia boleh beli terus. Contohnya:
– cerita tentang ada sales di sana sini, kedai makan yang best, lokasi pelancongan yang real dan menarik serta hal-hal produk yang senangnya nak dibeli walau ianya tentang kuih keria.

3. Apabila orang baca posting tersebut, dia dapat relate dengan kehidupannya sendiri, contohnya:
– kisah keluarga, kisah sedekah, kehebatan kuasa Allah tentang rezeki, kisah anak-anak, kisah berkawan yang semuanya itu ada pengajarannya yang benar-benar terkena kepada diri sendiri.


***

Setiap 1 posting di atas tetap kena guna kuadran asas #Content iaitu #Fakta #emosi #bahasa dan memberi #ImpakPositif kepada pembaca.
Tak ada 4-4 perkara tersebut, orang tetap tak #share.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bina posting bermanfaat.

(Visited 2,646 times, 1 visits today)