Daging Beger Bakar

Ha itu hari saya beri resipi ayam buttermilk untuk anak-anak, hari ini kita buat daging beger bakar. Yang ini bapa-bapa pun suka jika isteri tersayang buatkan bekal. Kata sedang jaga badan kan?

Ianya diperbuat dari daging cincang, keju mozarella dan beberapa bahan protin yang lain. Ada jugalah elemen karbo, namun agak minimal. Sesuai sangat untuk kau buat bekal pagi-pagi.

Siap sediakan bahannya, boleh frozen, esok tinggal nak bakar sahaja. Ok jom.

 

Daging Beger Bakar.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 paket daging cincang 500gm.

~ 1 sudu besar serbuk oregano,

~ 1 sudu besar serbuk bawang putih,

~ 1 sudu kecil serbuk lada sulah (jika suka),

~ 1 sudu kecil serbuk kari,

~ 4 biji telur,

~ 2 cawan serbuk roti,

~ 1 cawan keju mozarella,

~ 1 sudu kecil garam.

Cara-caranya mari kita tengok gambar ya.

#ResipiKhairulHakiminMuhammad

Masukkan daging cincang dalam besen ungu. Kahkah nampak macam bercampur yang dah masak kan? Hahaha, itu geram lambat sangat nak lembut, saya rebuskan dia!

 

Masukkan semua serbuk oregano, serbuk kari, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih semua semualah termasuk garam, eh kecuali serbuk roti ya. Gaul rata.

 

Ha begini. Saya gaul guna tangan sahaja. Haha

 

Pecahkan 2 biji telur yang sudah dibasuh bersih. Gaul lagi.

 

Ya sampai ia jadi begini.

 

Pecahkan baki 2 biji telur dalam mangkuk lain, kacau sampai ia sebati.

 

Letak serbuk roti dalam mangkuk lain.

 

Bulat-bulatkan daging tadi, suka kau besar mana.

 

Kemudian tekan guna ibu jari tangan supaya kelihatan lubangnya.

 

Ha begitu.

 

Sumbat keju mozarella sebanyak mana kau suka.

 

Tutupkannya kembali.

 

Celupkan di dalam telur tadi.

 

Kemudian gaul dalam serbuk roti.

 

Ha susun begini. Ini kalau kau dah nak frozen pun boleh. Terus simpan dalam peti ais.

 

Ha, bakar dalam ketuhar (oven) yang dah dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 180. Kemudian bakar selama 20 minit.

Nak goreng pun boleh. Iyalah karang mulalah mengadu tak ada oven. Yang tak boleh hanya kukus dan rebus sahaja. Entah, kalau nak cuba, silakan. Kahkah.

 

Dah siap, suka kau nak makan dengan beger, atau makan begitu sahaja. Sedap ya ampun!

Ha. Ini untuk bekal tahu. Karang siap bakar kau makan seorang diri di dapur. Tenang belaka ya. Fokus siapkan bekal anak-anak!

 

Tengoklah kejunya! Sedaaaaap! Selamat mencuba ya!

 

Khairul Hakimin Muhammad

 

(Visited 258 times, 1 visits today)