Didikan Bermula Dari Rumah

Kita sebagai ibu bapa, tak boleh lembik sangat apabila anak-anak bawa cerita dari sekolah.

Anak balik menangis beritahu cikgu kata dia di kelas yang tak boleh baca, kelas permulihan, kelas gitu gini, atau ada kawan dia ejek dia hitam, dia pendek, dia gemuk bagai. Kau tak boleh menangis sama-sama.

Kau kena kuat. Tanam, train, ajar, didik, asuh, anak-anak jadi kuat sama-sama. Nak beri dia hebat, dia kena belajar semua itu dari kau bermula bayi.

Suruh dia berlari, main, bergerak dan bebas. Bawa ke sana ke mari supaya dia pandai apabila jatuh, berdiri balik dan cakap “adik kuat, adik hebat,” kalau dia luka, dia menangis, kau kena cakap “tahan tahan sikit sahaja ni.”

Kau fikir balik itulah emak ayah kita ajar dulu. Kita jadi anak yang ligat, lincah dan aktif. Dari situ, kalau ada orang cakap apa-apa, kita jenis tenang, cikgu cakap kita perlahan sikit dari orang lain, kita tak bawa cerita tu balik rumah. Kita buka buku dan belajar.

Kalau ada kawan ejek, dia confront. Tanya depan-depan kau ada masalah apa atau kita main ejek-ejek dia juga. Lalu kita semua happy sahaja pergi balik sekolah.

Itulah anak-anak yang hebat. Zaman sekarang, sikit-sikit emak-emak akan cakap “naluri ibu tersentuh apabila anak kena ejek.”
“Sebagai bapak saya nak berjuang hal anak saya kena gitu gini.”

Heh, kau nak berjuang, kau kena heret anak kau sekali. Supaya dia belajar tentang hidup ini ada susah payahnya. Dan semua itu bermula dari rumah.

Kau lembik, anak-anak pun akan lembik.

Kita kuat sama-sama jom!

Khairul Hakimin Muhammad,
Asal jatuh, mak suruh bangun sendiri.
Asal luka, abah balut, dan minta jangan putus asa.

(Visited 852 times, 1 visits today)