Doa Yang Lambat Termakbul

Kuliah subuh itu hari tentang doa yang lambat makbul, ia adalah disebabkan:
 
1. Tidak bermula dengan memuji Allah.
 
2. Terlalu fokus diri sendiri sampai tidak berdoa untuk ibu bapa, ibu bapa mentua (jika ada) adik beradik, ipar duai, isteri, anak, kaum keluarga.
 
3. Tidak berselawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam.
 
4. Tergesa-gesa.
 

5. Tidak merendah diri, berasa akan jadi lagi hebat jika doa dimakbulkan sedangkan doa itu pun atas apa yang kita minta dan Allah beri, Allah yang beri.

6. Sekadar membaca dan tak tahu maksud doa yang dibaca.
 
7. Merasa diri mulia boleh mendapat apa sahaja jika berdoa sedangkan kita ini hamba yang hina yang banyak dosa. Rendahkan diri serendah-rendahnya semasa meminta.
 
8. Paling mustahak ialah susunan sebelum doa. Paling elok mula dengan solat, kemudian zikir istighfar, zikir memuji Allah, membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, baru berdoa.
 
9. Lagi bagus jika dibuat seorang diri tanpa pengetahuan orang lain (solat malam, solat dhuha).
 
10. Elakkan bercakap apa yang kita doakan. Simpan sendiri sahaja. Apabila dah dimakbulkan, baru boleh cerita.
 
11. Tidak bersihkan ruang solat, anggap ia bersih namun tak tahu apa yang jatuh apa yang hinggap. Sesekali bersihkan sejadah, kemas, tepuk, vacuum. Sama juga dengan telekung dan kopiah, jangan biar lama, paling kurang 3-5 hari mesti basuh.
 
12. Mengutamakan yang wajib, solat dahulu, baru doa. Minta maaf dahulu, baru doa, taubat dahulu baru meminta-minta.
 
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sama-sama kita baiki mana yang boleh. Bismillah.
(Visited 577 times, 1 visits today)