Dulu Saudagar Kain

Semasa kerja kilang di Kelantan tahun 2007-2010 dahulu, waktu itu Facebook masih belum kuat di Malaysia.

Saya pergi ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah, beli 1-2 kodi kain pasang dan tudung bawal, kemudian saya buat blog. Jual dekat situ. Macam-macam teknik juga kena buat.

Jualan tertinggi pernah capai ialah sekitar RM31,000 sebulan.

Keuntungan 50%.

Duit itu boleh beri kepada emak abah, buat simpanan, buat beli rumah dan paling penting buat belanja dapur untuk isteri kesayangan.

Gaji saya tak besar. Namun itu sahaja yang boleh saya buat untuk saya beri dia nafkah kepada isteri walau dia juga bekerja. Orang nak kata saya berniaga begitu begini, itu hal orang. Kena perli, kena caci, kena sindir semua ada. Lantakkan semua itu.

Hari ini orang yang sindir dulu, datang belajar dengan kita. Dan kita kena layan mereka dengan baik. Kalau tak, kita sama ja dengan mereka.

Kawan-kawan,

Kalau tak bermula, kalian takkan belajar.
Kalau tak gagal, bermakna kalian belum belajar.
Dan kalau tak kerana susahnya dahulu, bermaksud kalian takkan pernah faham erti bersabar ketika senang.

Mulakan sekarang, setiap orang ada waktunya yang tersendiri. Tak ada siapa pernah terlambat, yang lewat itu hanya masa. Dan kita yang ubahnya jika kita berusaha.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu saudagar kain okeh. Haha.

(Visited 429 times, 1 visits today)