Eja Dengan Betul

Perkara penting dalam hal menulis di media sosial ini ialah ia perlu dieja dengan betul. Tanpa singkatan, tanpa bahasa WeChat dan tanpa kesalahan. Walau mengikut DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun tak boleh dalam menulis #content.
 
Ia adalah kerana:
 
1. Hari ini Facebook sudah menguasai lebih 240 bahasa untuk diterjemah melalui “see translation.”
 
2. Lebih dari itu algorithm hari ini ada kaitan dengan % ejaan. Dikatakan sekiranya Facebook tidak boleh membaca posting kita kerana terlalu banyak ejaan yang salah / silap, maka “reach” posting itu juga akan dikurangkan, ia dianggap sebagai posting yang rosak.
 
3. Namun di page, ia masih dibolehkan dan dibahaskan kerana ia berkait rapat dengan bayaran iklan (FBAds).
 
4. Ia tiada kaitan dengan Instagram. Di sana nak mengeja sesuka hati masih dibolehkan.
 
5. Facebook Personal Account hari ini meningkatkan daya kredibiliti owner bisnes (bagi pendiri bisnes), ia juga melibatkan integriti seseorang dalam bidang yang diceburi.
Bagi yang bermain suka-suka, sekadar membaca dan bersosial, mereka ini dianggap sebagai “the loyal follower” yang mana bertugas sebagai silent reader namun mahu membaca perkara yang senang difahami, mudah diikut dan boleh ditiru. Ia adalah dengan mengeja betul tanpa ada kesalahan yang disengajakan.
 
6. Secara peribadi, saya sendiri dijemput menjadi tukang masak kepada laman web Cookly pada tahun lalu hanya kerana menulis resipi di dalam bahasa melayu yang dieja dengan betul. Web tersebut bermula di Kanada dan beroperasi di seluruh dunia.
Ini memberi makna sekiranya kalian menulis dengan bahasa apa pun namun menjaga ejaan, ianya berkembang ke seluruh dunia melalui features “see translation.”
 
7. Lebih dari itu, dikatakan di Digital World Media Forum 3 tahun lalu di Amsterdam, hari ini Facebook berusaha mendapatkan perkataan yang ada kaitan dengan emosi untuk memberi features baru setiap hari. Sebab itu jika kita tulis hebat, peluk, dan sebagainya ia memberi impak berbeza yang menarik.
 
Ia juga ada kaitan dengan algorithm yang menaikkan reach sekiranya posting itu memberi kesan positif kepada komuniti.
Bagusnya menulis dengan ejaan betul hari ini. Semua orang perlu lakukannya sama ada di Whatsapp, Facebook atau di mana-mana lapangan komunikasi.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu pun kelaut, sekarang kita kempen sama-sama.
(Visited 121 times, 1 visits today)