Energy Bar Suka Hati

Malam ini abang nak kongsi energy bar untuk kekal bertenaga dan sihat pada siang hari. Sesuai untuk laki kau yang tak habis-habis pergi makan nasi lemak hari-hari.

Energy bar suka hati ini kau boleh ubah ikut kau. Nak guna buah, kena guna buah kering. Karang mulalah mengada tanya “boley tak ganti buah tin? Ai elergik buah kurma” hish hangin je abang. Malas bebenor nak google apatalah lagi nak memasak.

Dah jom ke dapur.

 

Energy Bar Suka Hati

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2 cawan oat instant

 ~ 1 cawan kacang tanah yang sudah dibakar

 ~ 1 cawan gajus yang sudah dibakar

 ~ 1 cawan kurma dicincang kasar

 ~ 1 cawan buah prune dicincang kasar

 ~ 1 cawan corn flakes

 ~ 3 sudu besar madu

 ~ 1 sudu besar serbuk kayu manis

 ~ 1 cawan susu segar

 ~ 1 sudu besar mentega kacang

 ~ 1 biji telur

Cara- caranya kau tengok di gambar. Satu lagi, cawan tu bukan cawan minum. Ia adalah measuring cup. Kau google. Kalau kau tanya lagi, abang doakan kau mimpi laki kau kahwin lagi satu malam ini.

Niha abang nak pesan satu lagi, klik je share. Kemain susah Mark reka butang share tu. Tak payah susah-susah tulis mohon share. Abang dah alergik dah baca. Muntah-muntah dibuatnya ada lebih 1k komen mohon share mohon share sebelum ini. Hish.

 

Campurkan bahan kering. Oat, semua kacang, semua buah dan serbuk kayu manis. Gaul rata guna sudu yang kau ada. Malas dah abang guna sudu pink, kau orang fitnah abang kata itu warna peberet. Cis kau.

 

Lepas itu panaskan susu dalam 5-7 minit atas dapur, angkat dan lekas masukkan mentega kacang, madu dan telur dan pukul rata. Ingat tau panaskan sahaja, bukan suruh mendidih. Tak pasal mendidih juga hati abang karang.

 

Ha kau boleh kacau atas karpet sambil tengok tv dengan laki kau. Guna garpu jelah.

 

Masukkan semua bahan cair tadi ke dalam bahan kering. Gaul rata.

 

Gunakan kertas minyak anak kau. Esok pagi ganti balik karang tak cukup nak bungkus buku. Tepek semua bahan tadi.

 

Ratakan elok-elok macam ini. Guna sudu. Kau jangan mengada nak guna tangan.

 

Bakar guna oven hadiah kahwin kau. Kahkahkah. Suhu 200 selama 20 minit api atas bawah. Abang dah terpulas ke 30 minit. Kahkahkah sekali lagi.

 

Siap masak. Ambil gambau dulu. Sejukkan dalam 30 minit baru potong secara petak-petak.

 

Susun ala-ala menara Condong. Kahkahkah siap! Dah malam dah ni, kau simpan elok-elok dalam taperware. Esok bekalkan kat abang kau. Sedap dan tahan lapar woih.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 496 times, 1 visits today)