Fakta Itu Wajib

#Content wajib ada fakta. Dan ianya mesti sentiasa ada bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak ada menjadi.

Contoh silap:

Sedap gila kuih keria yang ini. Best! Rasa nak makan 10!
>> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang emosi kuih keria tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara.

Contoh betul:

Puas hati beli kuih keria di Warung Kak Tim di Sungai Ramal, sedap ya amat. Lembut, gulanya pun tak hangit. Makan 10 biji pun ok ja kalau yang macam ini.
>> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati.

Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya fakta kejadian pada waktu tersebut sahaja.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Senang kan?

(Visited 601 times, 1 visits today)