Ramai yang keliru dengan pembangunan diri di media sosial. Adakah perlu tiru sahaja mereka yang sudah popular atau sudah dikenali begitu sahaja? Atau relaks dan tenang jadi diri sendiri namun bina content secara perlahan-lahan.
Baik, begini:
Laluilah setiap satu cabaran di media sosial ini dengan fasa-fasa yang berbeza. Ianya memberikan kalian pengalaman yang amat berharga dalam membangunkan kredibiliti diri sebagai pemilik perniagaan atau apa sahaja yang kalian sedang ceburi.
1. Fasa Kampung (0 – 3,000 Pengikut).
Fasa ini adalah fasa pengenalan. Bangunkan penulisan content dengan santai. Perbanyakkan cerita mengenai diri, perjalanan kehidupan dan kisah-kisah yang kalian jumpa.
Untuk fasa ini, menjual dan membuat posting RM akan dirasakan sedikit payah. Namun tetap kena buat perlahan-lahan. Nisbahnya tetap kecil dan posting crowd perlu dibuat sebanyak banyaknya.
Waktu ini, elak beriya-iya membuat status dengan menaikkan pendapat sendiri. Kalian belum dikenali, nak sibuk beri pendapat tentang isu, entah-entah tak pasal-pasal kena bantai (bash) semula.
2. Fasa Pekan (3,001 – 10,000 pengikut).
Fasa ini adalah fasa membangunkan kepakaran. Nisbah posting perlu begini:
40% kepakaran.
30% ulasan isu.
20% tips (apa-apa sahaja).
10% kehidupan diri.
Di sini, jika nak menjual, buat posting kehidupan yang ada nilai RM. Dengan kata lain, jika mahu buat posting iklan sekalipun, ia mesti dalam bentuk story (copy-writing).
3. Fasa Bandar (10,001 – 25,000 pengikut).
Untuk fasa ini, kalian sudah semakin dikenali. Teruskan dengan nisbah Fasa Pekan, namun kalian perlu perbanyakkan posting crowd yang tersusun. Ia perlu masuk di bahagian posting kepakaran tersebut.
Sebagai contoh, kalian punya posting crowd ialah travel. Dan itu memang kalian punya kepakaran.
Jadi, posting travel mesti disusun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Wajib.
4. Fasa ADUN (25,001 – 50,000 pengikut).
Ini adalah fasa kalian sudah pun dikenali. Malah ramai yang mengatakan untuk jadi orang yang berpengaruh di media sosial, kalian wajib ada sekurang-kurangnya 25,000 pengikut.
Jika sudah sampai ke tahap ini, tahniah! Kalian sudah dikenali.
Bangunkan imej, bina pengikut dengan memberitahu tentang produk, kepakaran serta perkhidmatan yang dibuat.
Dan tidak lupa untuk perkenalkan diri ya!
5. Fasa Parlimen (50,000 – 100,000 pengikut dan seterusnya).
Waktu ini kalian sudah jadi idola seseorang. Posting kalian akan dinanti-nanti. Imej kalian sudah pun diterima.
Dan pada waktu itu, hanya jaga konsistensi posting yang bagus-bagus. Sentiasa alert dengan isu, dan sentiasa juga berinteraksi dengan audien dengan membalas komen, membuat live video dan sebagainya.
Fasa kita berbeza, cabaran juga berbeza, tenang sahaja okeh! Bina perlahan-lahan dan alaminya sendiri bagaimana perasaan tersebut.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Rindunya fasa kampung!