Fikir Dahulu Sebelum Buat Ya!

Mari baiki kita punya akaun sosial media dengan tulisan yang bermanfaat.

Jika kalian mahukan suasana yang baik, selesa di mana-mana ruangan internet yang kalian ada, kalian juga perlu mulakan perkara yang sama.

Guna nama manusia,

Guna gambar profile yang betul dan benar,

Sentiasa ambil masa untuk berfikir sebelum komen,

Membaca apa yang perlu sahaja,

Larang diri untuk terbabit dalam mana-mana pergaduhan,

Elakkan diri sendiri dari memuat naik perkara yang boleh timbulkan persengketaan,

Berhenti duk mengajar-ajar dan memberi perintah, suruh-suruh dalam pesanan,
Dan banyak lagi.

Sosial media ini tak ada limit. Orang boleh print screen, share dan kongsi seterusnya jadi bukti setiap kesilapan kita.

Fikir dulu sebelum buat ya!

(Visited 702 times, 1 visits today)