Fikir Semula

Sekiranya mahu muat naik status ke Facebook, fikir semula tentang:

1. Adakah ia beri impak positif kepada diri sendiri? Jika ya, teruskan.

2. Adakah ia beri impak positif kepada audien (friends dan follower)? Jika ya, teruskan.

Antara yang menjadikan impak negatif dalam satu-satu posting ialah perkara yang boleh menjadikan pergaduhan, perbalahan, bantaian, kesipuan serta apa sahaja bentuk penulisan yang ada nilai kemarahan dan keburukan di dalam ruang komen.

Ingat, fungsi like, komen dan share hanya untuk perkara kebaikan sahaja.

Facebook membawa pendamaian. Tidak ada butang unlike disediakan.

Like perkara yang kalian suka, komen baik-baik dan kongsilah perkara yang bawa kesan positif kepada kehidupan.

(Visited 646 times, 1 visits today)