‘Flush Friendlist’

Soalan: Tuan, saya tengok ramai juga buat ‘flush friendlist’. Depa unfriend semua orang, kemudian add yang baru. Tuan tak buat?

Jawapan: Tak. Saya selektif dari awal. Dan sering bersyukur mana-mana friend saya yang buat supaya saya terkeluar dari listnya.

Pendapat saya flush ini hanya untuk sampah. Dan kita ini bukan. Sepanjang kita berkawan bukan main banyak manfaat dan faedah dia dapat dan dia senang-senang nak flush-flush.

Mentang-mentang dah ramai follower, terpaksa flush untuk nak friendlist yang positif sahaja konon. Padahal friend dari awal itulah yang mula-mula support dia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak pernah buat.

(Visited 856 times, 1 visits today)