Fokus Perkara Kebaikan

Sekitar 2-3 tahun lepas, waktu itu saya masih aktif menyediakan kelas brownies, datang 3-4 orang peserta yang memang dari dunia bakeri.

Untuk kali pertama jumpa, saya dikejutkan dengan tak habis-habis mereka bercerita tentang baker ini begitu, baker yang ini begini. Saya diamkan sahaja malas melayan.

Boleh dikatakan, kelas berlangsung dengan sesi mengumpat tahap tinggi. Ada sahaja yang diceritakan. Semua orang ini saya terpaksalah add ke dalam ruang friend Facebook saya.

Takdir Tuhan, selang beberapa minggu, baker-baker yang diburukkan itu pula datang belajar. Dan mereka ini fokus benar. Boleh kata itulah kelas agung yang saya idam-idamkan.

Soalan, jawapan kepada masalah baking semua kami bincang baik-baik. Malah mereka siap beri contoh baker yang itu yang ini punya kelebihan tersendiri termasuk yang mengutuk mereka pun dipuji-puji.

Semalam, saya terfikir nak lihat profile-profile orang ini.

Yang kaki kutuk, sekarang dah pun tutup bisnes baking. Dah jadi dropshipper macam-macam produk.

Manakala kumpulan yang ok itu, itu dia semakin ok. Siap sudah buka studio dan bakeri.

Saya fikir, orang bisnes kena ada minda begini. Iya, ada masalah, namun tetap kena fokus kepada bisnes.

Kadang-kadang sebab terlalu sibuk tengok masalah orang, sampai tak perasan diri sendiri pun buruk macam-macam. Sampai tak perasan nak repair bagai.

Burukkan orang ini sebuah tragedi hati yang besar. Dan semestinya Tuhan kembalikan segala yang buruk itu kepada kita.

Sama sahaja kawan, kau fikir baik, cerita benda baik dan fokus perkara kebaikan, maka kebaikan juga yang Allah pulangkan kepada kalian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Pernah pegang title Bapa Brownies Kebangsaan.

(Visited 682 times, 1 visits today)