Follower Bawah 3,000 Orang?

Sekiranya pengikut (followers) anda masih kurang dari 3,000 orang, elakkan ini:

1. Meletak gambar memakai suit, korporat di bahagian profile picture.

2. Meletak gambar produk / servis di gambar cover.

3. Meletak kerjaya, ejen jualan atau kerja sekarang di bahagian “bio / decsribe who you are”.

Selepas posting kalian viral, perkara pertama yang akan dilakukan oleh audien luar ialah klik profile kalian.

Jika 3 perkara ini tidak punya nilai kehidupan yang tinggi seperti letak gambar travel / makan-makan / berkeluarga / berkawan di ruangan gambar cover, gambar profile yang santai, serta tulis hanya minat, kesukaan dan kemahiran sahaja di ruangan bio, maka orang tak akan klik butang follow.

Kau bayang, posting kau kemain viral,

Namun:

Gambar cover – gambar poster “Perunding Kewangan Anda”

Gambar Profile – Pakai suit, siap selak flip hair dengan ala gambar corporate ambil di studio. Kahkah harap baju jelah lawanya.

Bio – kau tulis Perunding Kewangan Terbaik Abad Ini, Tel: 012 345 6789.

Kau nak follow?

Ingat kawan, kalian belum dikenali, bina lifestyle, hal kehidupan serta selang seli sedikit dengan bisnes sesekali di posting. Di ruangan profile, buat tetapan biasa.

Ini media sosial okeh.

Khairul Hakimin Muhammad,
Penulis #RahsiaBapaViralKebangsaan

(Visited 860 times, 1 visits today)