Followers Dari Semua Makhluk

Susahnya nak cerita. Itu hari, balik dari Petaling Jaya sekitar 4.00 pagi. Elok dah nak masuk ke area rumah, saya perhati ada budak dalam umur 7-8 tahun tepi jalan. Lelaki. Dia tahan kereta saya.

Saya berhenti ja. Tak fikir panjang, terus buka cermin dan tanya kenapa, dia cakap “ayah dengan mak tak ambil dari sekolah, lama sangat jalan kaki, dah penat dah acik. Hantarkan saya acik.”

Saya pun jemput dia masuk dalam kereta. Dia duduk depan sebelah saya ja.

Berpeluh-peluh budaknya. Bau peluh dia kuat. Macam anak kita yang lencun main melasak kat luar rumah.

Sampai di kawasan rumahnya, pagar perumahan itu tutup. Saya kena pusing jauh. Dia tunjukkan jalan semua. Elok berhenti depan rumah dia, saya turunkan. Dia pun buka pintu kereta dan turun. Saya tanya “ada orang ke tak rumahnya tu?” Dia jawab “ada ada acik jangan risau ya.”

Saya pun pusing kereta, turunkan tingkap dan tanya sekali lagi. Dia tak jawab. Saya pun park kereta, naikkan hand brek dan keluar dari kereta.

Sekali budak itu dah tak ada. Saya pusing 2-3 kali keliling kereta. Tak ada. Pagar rumah masih berkunci.

Waktu itu barulah rasa seram sejuk. Saya cepat masuk kereta dan istighfar sebanyak-banyaknya. Terus pecut ke 7E tak mahu balik rumah. Duk teringat pesan orang tua jangan bawa balik benda gitu ke rumah.

Sampai 7E saya dah mula shaking. Lutut bergetar beriya. Keluar kereta, masuk 7E, beli kopi. Dan masuk dalam kereta semula. Terus balik rumah, dalam perjalanan habis semua ayat Quran yang saya hafal saya baca. Dari pagar nak masuk ke dalam rumah Ya Allah rasa jauhnya.

Nak buka grill time itulah kunci jatuh. Tak tahu nak marah ke apa. Sampai rasa nak menangis pun ada.

Masuk rumah, terus berlari ke bilik dan mengucap panjang sebut Alhamdulillah. Mandi, solat 2 rakaat baru baring.

Azan ja subuh orang rumah kejutkan. Tanya kenapa macam pelik tak bangun lagi. Biasanya saya bangun dulu. Saya duk cakap macam nak demam dan ceritakan hal tersebut.

Pagi tadi terus pergi jumpa Ustaz yang biasa mengubat orang. Kata beliau,

“Boleh jadi orang betul atau jin. Nampak macam tak kacau orang. Mungkin sekadar nak tumpang sahaja. Jin memang gitu. Tapi kau kena pasang pendinding juga.”

Saya tak puas hati, pusing ke kawasan rumah teres yang saya hantar tersebut. 2-3 kali pusing saya masih tak cam rumah yang mana. Semua nampak sama. Dan hampir semua rumah ada ja orang.

Petang tadi saya pergi lagi. Masih tak dapat nak ingat mana 1 rumahnya.

Pergi klinik, ambil ubat demam. Kemudian pergi klinik gigi sekejap betulkan gigi. Keluar jumpa kawan dan ambil gula kabong sekejap dari Diana, balik rumah.

Sekarang dah rasa lega. Siap pergi IOI City Mall cari topi koboi ‘Ain untuk persembahan apa entah di sekolahnya esok.

Jujurnya,

Kalau saya jumpa semula “budak” tersebut. Saya pasti kenal. Dia memang macam orang. Saya tak seram, saya juga tak ada rasa takut awalnya. Sampailah apabila dia hilang begitu sahaja.

Huhuhu. Orang rumah saya cakap,

Hebat juga abang, follower ada dari semua makhluk. Yang halus-halus pun suka.”

Kahkahkah, tak lawak okey. Begitulah cerita saya hari ini sampai terganggu juga nak buat posting rutin pagi petang siang malam.

Inilah kisahnya. Mengganggu dan mendebarkan sampai ke zohor. Sekarang dah okey alhamdulillah.

Lain orang, lain pengalaman kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mohon tak diuji lagi sebegini.

(Visited 960 times, 1 visits today)