Formula Menulis Content

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30.

50% #Fakta.
20% #Emosi.
30% #ImpakPositif.

Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting.

Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas.

Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja.

*****

Contoh ayat fakta di media sosial:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu.

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion.

Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting.

*****

Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul.

Contoh ayat yang ditambah emosi:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey!

Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus.

*****

Impak postif pula, ia mesti:

– apabila orang baca, orang faham. Atau,
– apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau 
– apabila orang baca, orang boleh beli terus.

Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis:

Jika kalian nak bermula,

Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian.

Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa.

Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai.

Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang.

(Sampai habis step).

*****

Itu antara mudahnya menulis menggunakan content.

Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja.

Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik.

Begitulah.

(Visited 1,402 times, 1 visits today)