Fuh! Asam Pedas Siakap Mentakab

Memandangkan kita masih bercuti hari ini,  jom ikuti resepi ini. Lama benar tak buat asam pedas. Jadi disebabkan saya ini menantu kepada orang Johor Bahru, kita kenalah menguasai ilmu masakan ini.

Walau biras saya Puan Jubaidah Mashod merupakan Chef paling agung dikalangan kami yang ipar-ipar ini, saya cuba jugalah haha. Kak Ju ini, masakan asam pedas dia terbaik woih. Entah dia letak apa, selawat lebih agaknya.

Baik. Jom.

Asam Pedas Siakap Mentakab.

Bahan-bahannya ialah:

2 ekor ikan siakap dipotong-potong,
7 sudu besar asam jawa,
3 inci kunyit hidup,
5 biji bawang merah,
13 biji cili besar,
1 inci belacan,
3 sudu besar cili kering kisar,
2-3 cawan air,
2 cekak daun kesum,
1 kuntum bunga kantan,
Minyak masak untuk menumis dan kisar,
Sedikit garam dan gula.

Cara-caranya kita tengok dalam gambar ya.

1. Kisar kunyit hidup, cili besar, cili kering, bawang merah, belacan bersama 1/2 cawan minyak masak. Kisar sampai hancur dan lumat.

2. Panaskan minyak di atas kuali emak kau.

3. Masukkan bahan kisar tadi.

4. Sudah pecah minyak bahan tumis tadi (kau tengok minyaknya naik dan bergenang begitu), kau ramas guna tangan kanan asam jawa. Hahaha, nak guna sudu pun boleh. Dengan 1 cawan air.

5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kalau sukalah. Ada orang tak suka, dia suka bunga ros, bunga kekwa dan bunga di laman orang. Kahkah#hambar.

6. Masukkan dalam 1 cawan air lagi. Supaya tak pekat sangat. Masukkan terus garam dan gula. Ikut kau.

7. Masukkan ikan. Kasi susun. Burukla pula gambar yang ini. Biarkan ia mendidih dan jangan kacau beriya. Nanti ikan hancur.

8. Siap! Tutup api dan hidanglah!

Selamat mencuba gais!

(Visited 282 times, 1 visits today)