Seorang penjual penapis air tak perlu gabung nama beliau dengan jenama penapis air tersebut.
Seorang wakil hartanah, tak perlu gabung nama beliau dengan perkataan property dan sebagainya.
Seorang usahawan kerepek, tak perlu gabung nama beliau dengan nama perusahaannya.
Guna nama manusia, nama sendiri adalah lebih baik. Untuk beri orang kenal kalian, tulis #content yang tersusun di media sosial. Bahagikan kepada 3 jenis, untuk dapatkan #Crowd, untuk dapatkan #RM dan untuk naikkan #Engagement (disebut Side).
Di situ orang akan kenali kalian. Jika kalian letak nama:
Ahmad Coway,
Linda Property,
Pakcik Hensem Kerepek,
Siti Madu,
Shahrul Kedai Jam,
Bukan sahaja orang takut nak add, nak accept, malah orang akan jauhkan diri dari kalian. Dari minda orang lain, mereka akan nampak kalian hanya nak menjual, jadi tak ada keseronokan nak berkawan dengan kalian di media sosial.
Ingat, media sosial adalah medan berkawan, nak menjual, susun baik-baik supaya mereka tak rasa tak selesa. Sekali sahaja rasa merepek, rasa meluat, kalian hilang kawan, hilang jualan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Relaks okey.