Gunakan Telefon Untuk Berbuat Kebaikan

Gunakan sepenuhnya telefon yang kita ada itu untuk berbuat banyaknya kebaikan.
 
Untuk transfer duit kepada ibu bapa,
Untuk buat pembelian kepada keluarga,
Untuk bermain Facebook dan tulis baik-baik,
Untuk bermain Instagram dan kongsi gambar yang baik-baik,
Untuk sentiasa komen serta bersangka baik dengan perkongsian orang lain,
Untuk membaca hadith, ayat Quran, doa,
Untuk susun jadual itu jadual ini,
Dan untuk jadi tools berniaga seperti memasukkan aps stock, bisnes, sales dan sebagainya.
 
Kawan-kawan, hari ini semuanya di hujung jari. Orang lain nak guna phone untuk buat benda mereka suka, lantak pi. Kita kena bayar bil kita. Kita kena hantar duit ke kampung. Kita kena bantu keluarga, kita ada banyak tanggungjawab.
 
Maka dengan telefon yang kita ada inilah kita boleh guna belajar berbagai perkara. Ia adalah alat paling canggih untuk berbuat kebaikan hanya menggunakan jari jemari kita sahaja.
 
Susun #content,
Transfer duit,
Buat jualan,
Bantu orang.
 
Semua boleh melalui telefon sendiri. Maka kita akan dapat pahala berpanjangan dengan berbuat baik di mana pun kita duduk dan berdiri. Kita yang pilih nak buat apa.
 
Mari jadi kaya kawan-kawan, lagi kaya lagi ramai orang kita dapat kongsi manfaat.
 
Begitulah.
(Visited 191 times, 1 visits today)