Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu tentang itu.
Takut orang kata,
Takut orang cakap,
Takut orang fikir,
Takut apa lagi keluarga nak hentam,
Takut kawan perli,
Takut nanti ini begitu begini.
Di media sosial, ruang ini tiada had. Nak tulis kebaikan, dapat kebaikan. Nak tulis keburukan, dapat keburukan.
Kita orang bisnes yang menulis #content.
Pagi-pagi kita up tips,
Tengah hari kita letak iklan,
Petang kita up selfie.
Malam kita letak semula story-telling.
Hasilnya:
Pagi dapat follower,
Tengah hari dapat duit,
Petang dapat maintain engagement,
Dan malam masih dapat follower baru.
Itulah yang disebut sebagai kerja-kerja pemasaran (marketing). Ia bukan kerja yang enteng. Semua benda kena rancang dan menjadi hasil yang power ya amat.
Ingat ini kawan-kawan,
“Hanya ilmu yang buang ketakutan.”
Pergi kelas, masuk seminar, belajar, berkawan, bina network dan tak boleh berhenti menggali banyaknya skill di luar sana, itu semua menambah keberanian.
Semua itu akan bantu cekalkan diri, kental, kuat dan dapat tahu kemahiran menutup telinga dan menekap mulut. Ia jadikan kita fokus dan konsisten berbuat kerja.
Kita tak boleh kawal orang lain nak kata apa, kita hanya boleh urus diri kita sahaja. Jadi fokus kepada diri.
Berhenti rasa pandai, campak terus rasa bagus. Semua itu penyebab diri banyaknya menghalang nak menjual atau market produk dan diri.
Tanya diri sendiri, kalau masih penuh alasan, tak boleh itu tak boleh ini, itu tandanya anda masih ada nilai pengecut dalam diri. Orang lain yang berani dapat jual ratus ribu, dan kalian setakat lihat lihat sahaja.
Begitulah.
