Harga Yang Dibayar Oleh Mereka Yang Dah Berjaya

Ini adalah harga yang dibayar oleh mereka yang dah berjaya:

1. Bangun awal, biasanya sekitar 4.30 pagi sudah mula bersihkan diri, bersenam, solat dan kerja.

2. Kurang berkawan. Hanya ada yang disekelilingnya sahaja. Yang lain semua kenalan bisnes.

3. Sangat menjaga waktu solat. Azan sahaja, terus tunaikan. Tak tangguh dan tidak melewatkan. Akan tinggalkan segalanya apabila sampai masuk waktu.

4. Tidur lambat, sekitar 12 tengah malam – 1 pagi masih membaca dan membuat strategi.

5. Ada waktu yang sangat sedikit untuk keluarga dan ianya sangat berkualiti dan digunakan sebaiknya. Waktu kerja, kerja betul-betul. Waktu cuti, cuti betul-betul.

6. Tidak pandai bermain game, boleh bersukan secara real sahaja.

7. Kurang bercakap kerana mengutamakan belajar semasa mendengar. Menghormati pandangan orang, tenang saat ditegur dan biasanya hanya membalas dengan senyuman walau dibantai. Baginya kejayaan adalah bukannya melalui bersembang, ia adalah perbuatan untuk mencapai sesuatu.

8. Selalu disalah erti terutama bab kesibukan kerja. Biasanya umur 25-39 tahun adalah waktu paling sibuk walau baru berkahwin dan sudah punya anak.

9. Menyembunyikan kejayaan (bab membuat jualan serta membangunkan syarikat) kerana baginya kejayaan yang betul ialah bebas dari hutang, dapat membantu ibu bapa dan keluarga serta melakukan aktiviti sosial).

10. Sentiasa membuat brain-exercise dengan banyaknya membaca, kemudian menulis nota, menyusun strategi dengan menulis, membuat kira-kira, mengaji serta mendalami ilmu baru walau ia sekecil-kecil.

Dengan memberi latihan kepada otak, biasanya akan mengelak dari depress, sentiasa tenang dengan ujian, cabaran dan halangan sentiasa fokus kepada solusi bukannya masalah.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masih belajar.

(Visited 141 times, 1 visits today)