Mana-mana individu sama ada dikenali atau tidak, tetap ada “haters”. Dan untuk hadapi mereka ini, saya hanya gunakan tips ini:
1. Tidak membalas PM mereka. Termasuk yang memaki hamun. Biasanya sekadar baca sahaja.
2. Terangkan kepada umum setiap salah faham yang berlaku.
3. Tidak berjawab-jawab secara terus lebih dari tiga kali perbualan atau perbahasan.
Kebiasaannya, “haters” ada kemungkinan memburukkan kita di wall posting beliau. Tidak mengapa. Cuma, jika strategi memburukkan itu tidak berjaya, akan bermula siri fitnah.
Bab itu, hati-hati. Hadapi dengan hemah dan banyak-banyak bertenang. Fitnah akan hilang begitu sahaja selepas kenyataan balas. Dan ia biasanya berbekas.
Sabar. Jalan terus!
Khairul Hakimin Muhammad.
.
Jemput sertai Channel Telegram Content KHM untuk mendaptkan lebih banyak info mengenai dunia content:
https://t.me/ContentKHM
https://t.me/ContentKHM
https://t.me/ContentKHM