Hey, Allah Kan Ada

Aku ingat lagi masa anak aku mula-mula sakit tahun 2015. Aku banyak tumpu kepada kesihatan anak sampaikan aku tak boleh adakan sebarang projek di studio. Duit tak cukup, harapkan gaji sahajalah.

Tup-tup, ada satu kelas marketing yang julung kali dibuat di Kuala Lumpur berharga RM380/pax. Siap tulis makan 3 kali, percuma buku dan nota.

Aku merayu-rayu ke organizer yang boleh tak mereka tolak duit makan dan nota. Buku aku nak. Aku tak cukup duit. Belasah sahajalah cuba nasib walau aku tahu memang tak logik buat begitu.

Mereka tak kasi. Kahkahkah. Geram betul. Harap suara je sedap dalam telefon.

Aku pujuk lagi. Hubungi lagi sampailah aku tanya hari last register, boleh ke tak sebab kelas tersebut mereka umum belum cukup orang.

Sungguh. Waktu itu aku memang masih belum cukup duit. Jadi aku carilah cara bagaimana nak dapatkan ilmu tersebut.

Syukur. Tuhan selalu beri aku kasih sayang. Akhirnya mereka kasi. Aku dapat bayar dengan harga murah ya amat. Segan aku nak kasi tahu kau orang.

Aku datang awal. Dapat masuk kelas dengan tenang. Time makan, aku tak join. Relaks makan roti sambal bilis dengan air botol aku bawa sendiri.

Hari ini, bukan aku nak kata aku berjaya dah. Belum lagi woih. Masih belajar.

Cuma, nak cakap ke kau orang, bab berguru untuk capai sesuatu, usahakan sampai kau berjaya. Ilmu itu tak pernah ada sempadan. Tinggal cara kau nak dapatkannya sahaja.

Lepas itu kau akan belajar hargai.

Dan kau tahu jika kau tak amal, kau rugi.

Kena ingat, Allah kan ada.

(Visited 269 times, 1 visits today)