
Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik:
1. Bangun konsisten 5.30 pagi setiap hari, lebih awal lebih bagus.
2. Mandi dan solat. Dapat pergi ke surau atau berjemaah adalah lebih baik, 6.00 pagi selesai semuanya (ikut waktu subuh ya).
3. Bersenam ringkas sekitar 10-20 minit. ini sangat bagus untuk kecergasan diri.
4. 6.20 pagi, Ambil buku dan baca 10-20 muka surat. 1 muka ada sekitar 100 patah perkataan, kalian dah baca 1,000-2,000 patah waktu pagi – ini sangat bagus untuk kecergasan otak.
5. 6.40 pagi – kalau perlu pergi kerja, maka pergi kerja. Kalau perlu siapkan sarapan, silakan. Buat yang ringkas-ringkas.
6. 7.00 pagi – Sarapan. – collect content resipi.
7. 7.15 pagi – duduk sekejap dan tulis #content pertama di word pad atau Ms Word.
7.30 pagi – save dalam mana-mana folder, saya ada buat folder bank content, dalamnya ada lagi folder (unpublish – untuk yang belum up, dan publish untuk yang dah up).
7.35 pagi – mengemas rumah, basuh baju – collect content organizer.
8.30 pagi – siap, duduk semula di meja kerja untuk susun content iklan.
9.00 pagi – buat posting pertama (posting crowd) – ini akan dapat double engagement apabila orang share, like dan komen. Layan komen awal-awal.
9.30 pagi – duduk sekejap dan membaca 10 lagi muka surat.
10.00 pagi – keluarkan barang dalam peti ais, potong bawang, siapkan untuk masak makan tengah hari – collect content organizer.
10.30 pagi – siapkan content iklan (untuk dapatkan RM) – buat posting terus dan layan pelanggan bertanya dan membeli.
11.30 pagi – mula memasak – collect content resipi.
1.00 tengah hari – siap, siap kemas semua, hidang.
1.15 tengah hari – mandi, angkat kain kalau dah kering.
1.30 tengah hari – anak-anak balik sekolah. Uruskan seorang demi seorang.
2.00 petang – muat naik posting side yang ada jenaka. Akan dapat single engagement apabila orang like dan komen.
2.30 petang – selesai jawab semua komen. Ambil bakul baju yang dah angkat dari jemuran, lipat kain depan tv – collect content cara lipat dan review drama.
3.30 petang – siap dan mula cari idea nak masak minum petang, terus masak – collect content resipi.
4.30 petang – baca lagi 10 muka surat.
6.00 petang – semua dah balik. Siap untuk makan malam – collect content resipi
8.00 malam – makan malam, bersembang – collect content perbualan dengan anak-anak.
9.00 malam – siap, kemas meja, suruh anak buat home work dan tidur.
10.00 malam – baca lagi 10 muka surat.
10.30 malam – tidur.
***
Dalam tak sedar,
Kalian akan dapat lebih 5 content sehari. Susunkan semuanya dalam Ms Word. Dalam tak sedar itu juga kalian sangat produktif di media sosial, dapat buat 3 posting yang ada manfaat untuk kalian.
Lebih bagus, dalam tak sedar kalian berjaya membaca lebih 5,000 patah perkataan sehari. Dan itu pasti akan beri kalian idea dan banyaknya perkara nak tulis di mana-mana.
Sales berjaya,
Crowd pun dapat
Kerja dalam rumah pun settle.
Tinggal nak buat ke tidak sahaja.
Allah beri kita 24 jam yang sama. Ada orang boleh buat 1 kerja sahaja, ada orang boleh buat 10-20 kerja sehari. Itu beza malas dan rajin.
Ingat kawan “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.”
Tiada jutawan yang bermula dengan kosong bangun jam 10.00 pagi dan melepak sepanjang hari. Mereka kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari tanpa pernah merungut. Dan apabila mereka tua, mereka melihat hasil kerja mereka dapat beri manfaat kepada ramainya orang.
Kita boleh mulakan semua itu dari rumah sendiri. Tak mustahil kita juga dapat bina empayar dari dapur kecil kita. Asasnya kena rajin.
Ini yang dinamakan sebagai Multi-millionair schedule.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangun dan buat.
(Visited 1,445 times, 1 visits today)