Ikan Patin Masak Tempoyak

Balik Mentakab, cari ikan patin. Ingatkan air besar tak adalah orang berniaga di pekan sehari, Temerloh. Rupanya ada sahaja seperti biasa. Cuma, bahagian yang dinaiki air sahaja tak ada orang berniaga.

Kali ini saya kongsi sekali lagi langkah demi langkah siapkan ikan patin masak tempoyak. Orang sini cakap ikan patin masak asam, ada juga sebut patin tempoyak, sama sahaja belaka. Hihi.

Ikan Patin Masak Tempoyak.

 ~ 1-2 ekor ikan patin,

 ~ 2 kuntum bunga kantan,

 ~ 2 ikat daun kesum,

 ~ 1 genggam cili padi,

 ~ 2-3 inci kunyit hidup,

 ~ 1-2 sudu serbuk kunyit,

 ~ 2-3 senduk tempoyak,

 ~ Garam,

 ~ 1 liter air.

Cara-caranya kau lihat di gambar ya.

Kau beli ikan patin di pekan sehari atau mana-mana kedai ikan tepi jalan. Di Temerloh, Mentakab memang di jalan raya ada jual. Sekarang RM16-17/kg. Minta mereka buang perut dan potong siap-siap.

Biasanya juga mereka jual siap-siap daun kesum, bunga kantan dan tempoyak. Murah woih jika di sini. Bunga kantan RM1 ja sekuntum.

Kemudian, kau basuh ikan bersih-bersih dan letak dalam besen biru. Kalau tak ada besen biru, buhlah dalam bekas warna apa-pun yang kau ada.

Sambil nak siapkan barang lain, kau didihkan air dulu.

Ini kira sikit cili ini. Kerana abah saya tak kuat pedas.

Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi tadi sampai lumat. Ini kalau laki kau buat hal, kau buh dekat ketiak dia. Selain dari memberi warna kuning, ia beri pijar berpanjangan. Keluar rumah pun dengan 2-2 tangan terangkat macam vampire. Kahkahkah

Campak dalam periuk tadi cilinya itu.

Potong lawa-lawa bunga kantan, dan letak juga dalam periuk.

Basuh daun kesum dan letakkan juga. Daunnya sahaja. Tak usah bikin malu jika kau masukkan semua dengan batangnya.

Masukkan tempoyak. Lagi banyak lagi sedap.

Ha, jika kau dah kacau-kacau warnanya pudar semacam, dan waktu itu bau tempoyak dah semerbak, lalu emak mertua kau pun bangun dari sofa ruang tamu, kau capai serbuk kunyit dan terus tabur! Cepat!

Taraaaaa! Hahaha. Mesti sesampainya beliau di dapur terus kagum! Kahkahkah.

Sudah mendidih, kau masukkan ikan. Kena ingat, jika kau nak kacau, perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.

Sudah mendidih lawa begini, kau masukkan garam dan rasa ikut tekak kau.

Tutup api dan siap! Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 681 times, 1 visits today)