Kau mesti belum pernah makan masakan ini. Sedap ya ampun dia punya rasa. Sampaikan kau boleh makan nasi bertambah-tambah hanya dengan lauk ini sahaja.
Hihi. Ikan ini kau boleh tukar ke ikan kembung, selar yang besar atau ikan bilis. Pun sedap juga. Ikut kau lah kalau nak tukar ke daging, ayam, kambing serta terung pun. Malas aku nak jawab karang kau tanya “abang saya alergik ikan, boleh tak saya tukar dengan ayam belanda?”
Geram je aku. Dahlah pemalas di dapur, kita dah kasi idea pun malas nak fikir. Ok jom masak.
Ikan Taucu dengan Timun.
Bahan-bahannya ialah:
~ 5 ekor ikan selar kecil,
~ 2 biji timun saiz sederhana,
~ 2 biji cili hijau besar,
~ 1 biji bawang besar India,
~ 2 sudu besar kicap manis,
~ 2 paket taucu,
~ 2 sudu besar serbuk kunyit,
~ 1 sudu kecil garam,
~ Sedikit air.
Cara-caranya mari kita tengok dalam gambar.
Basuh bersih semua ikan. Toskan di dalam bakul ungu.
Kemudian masukkan serbuk kunyit dan garam dan gaulkan guna tangan kau sendiri. Masa emak kau datang nanti apabila dia tengok tangan kau kuning, dia mesti senyum dan kata dalam hati “rajin anak aku masak”.
Haaa kredit tu. Kahkah.
Panaskan minyak dan gorengkan ikan itu. Hati-hati dengan 2 ekor ikan yang tengah, boleh jadi dia lambat sikit masak sebab sibuk sangat bergosip itu nampaknya. Dah siap, kasi angkatlah.
Sambil tunggu ikan masak, potongkan timun begini. Ia dinamakan sebagai potongan Segitiga Bermuda.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris oleh bibik.
Kemudian masukkan sahaja cili hijau yang dipotong kasar begitu. Walau bawang belum layu, kasi masuk sahaja ya.
Masukkan timun.
Apabila timun dah mula nak layu, masukkan taucu dan kacau rata. Kau tanya apa beza taucu dengan tauhu aku sumpah laki kau kahwin lagi 1.
Kalau kering sangat, kau tambah sedikit air. Dalam 1/4 cawan sahaja.
Masukkan kicap manis dan kacau lagi.
Dah semua nampak semakin masak, masukkan ikan dan kacau perlahan. Kacau beriya karang hancur hancur hancur ikan aku nanti.
Tak payah bubuh garam dah, taucu dah masin. Tutup api dan ambillah gambar.
Yaa ambil close-up begini. Siap!
Lagi gambar. Suka kau lah ya nak ambil gambar macam mana. Selamat mencuba!