Ini merupakan resipi sihat saya yang pertama.
Oleh yang demikian, kau boleh cuba sambil buat jelingan manja atau kau kongsi sahajalah supaya orang lain dapat manfaatnya. Kahkahkah.
Ikutkan memang sikit sangat penurunannya. Baru 1.6kg. Oklah untuk permulaan walau personal trainer macam terkejut sikit.
Baik, disebabkan beliau anjurkan banyak ambil protin, jadi saya buatlah ikan tenggiri bakar masam manis dengan cendawan.
Yang saya buat ini tak lawa. Sedap, insya-Allah. Kahkahkah. Yelah, diet-diet juga. Sedap kena ada, kan?
Ikan Tenggiri Bakar Masam Manis Dengan Cendawan
Bahan-bahannya ialah:
~ 1 potong ikan tenggiri (saiz lebih kurang besar tapak tangan).
~ 3-4 hirisan lemon,
~ 1/2 biji perahan lemon,
~ 1/2 biji perahan limau nipis,
~ 1 cawan cendawan, ikut kau cendawan apa.
~ 1 sudu kecil serbuk bawang putih,
~ 1/2 biji bawang besar Holland,
~ 1 sudu kecil serbuk lada putih,
~ 1 sudu kecil serbuk kunyit,
~ Sedikit hirisan serai,
~ Secubit garamz
Cara-cara kau tengok gambarnya ya.
Basuh semua ikan tenggiri dalam besen ungu. Sekarang harga sekilo RM39. Ya Ampun. Ambil sepotong sahaja. Yang lain simpan masak kicap esok. Haha.
Letak serbuk kunyit, serbuk lada putih dan serbuk bawang putih dalam mangkuk kecil.
Kemudian kau golek-golekkan limau nipis dan lemon. Barulah senang untuk kau perah. Airnya keluar banyak.
Perah dalam mangkuk serbuk rempah tadi. Oh ya, lemon pun kau perah ya.
Kacau. Haa lawa kan. Buat masker laki kau pun boleh. Haha kahkah.
Oh ya. Kau panaskan oven dalam 200 darjah selama 10 minit. Ambil loyang kek yang laki kau belikan masa anniversari itu hari. Kau potong bawang suka hati kau dan taburkan sahaja dalam loyang.
Hiris sikit serai, dan taburkan sekali.
Humban cendawan sama.
Lumur ikan dengan rempah tadi.
Tabur garam, kalau kau nak bubuh cili api pun sedap. Hihi letak hirisan lemon.
Buh atas sekali dan bakar selama 20 minit di dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah.
Dan ada 20 minit, kan? Mainlah tali skipping ini ha. Boleh pengsan. Kahkahkah.
Siap! Nak ambil gambar lawa kau buh 1 lemon atasnya. Kahkahkah.
Seedaaaaaaap! Selamat mencuba! Sihat woih!