Ingat! Dengan Siapa Saja Kita Berguru, Hormat Itu Yang Utamanya.

Apabila kita ini jadi cikgu, perkara pertama apabila anak murid datang mengadu, kita kena tapis. Ambil penapis di dapur, letak dalam kepala, tapis. Serius. Benda ini tak lawak.
Ada orang datang dari ABS, burukkan Puan Ainon, saya dengar.
Ada orang datang dari Kelas Cikgu June, burukkan dia, saya dengar.
Ada orang datang dari kelas Azizan Osman, burukkan dia, saya dengar.
Dan ramai lagilah. Saya dengar sahaja. Memang ya, ada antara mereka yang saya pernah buat tindakan block, namun sekarang kami sudah berbaik. Ia semua dari anak murid yang melaga-lagakan.
Saya setkan dalam kepala, kemungkinan besar saya juga alami benda sama. Boleh jadi ada orang yang datang ke kelas saya, tak dapat apa yang saya ajar, akan pergi ke kelas lain dan cakap buruk tentang saya. Itu perkara pertama yang biasanya muncul dalam kepala saya.
Sehingga hari ini, jika ada adu domba, saya dengar sahaja. Jika dah tahap mengganggu, saya block terus dan saya pernah halau peserta kelas kerana sepanjang 1 jam pertama kelas berlangsung, dia tak habis-habis bertanya dan memburukkan cikgu dia yang sebelum ini.
Bab serasi dengan guru berbayar ini, kalian kena setkan dalam kepala yang boleh jadi kalian ok dan boleh jadi juga tak.
Saya pernah bayar kelas RM10,997, dan saya dapat hasil. Saya juga pernah bayar kelas RM12,999 namun saya pulang dengan jiwa kosong kerana tak faham apa.
Kemudiannya saya emel, beritahu rungutan saya itu, lalu mereka setkan pertemuan saya dengan guru tersebut. Mereka refund duit saya 100%!
Sekarang saya boleh Whatsapp sahaja cikgu tersebut, sudah pun jadi kawan.
Saya suka pandang ke depan sahaja. Pergi kelas adalah pelaburan. Jika ok, alhamdulillah. Tak ok, saya pandang benda lain. Boleh jadi kelas tak ok namun ada kawan yang best, networking yang power dan sebagainya.
Kawan-kawan,
Hidup kita ini, kena ada dalam kepala untuk setkan perkara yang wajar kita mengadu atau bersembang. Kalau bab memburuk, tak suka itu, bandingkan ini, letaklah tepi. Kena pastikan ia wajar atau tak.
Cuba bayang yang kita pula di tempat itu. Yang mana orang burukkan kita, bandingkan kita seperti mana yang kita buat dekat orang. Boleh jadi kita tak boleh terima.

Kita mungkin hebat.

 

Namun kena ingat, berbuat keburukan kepada orang lain, tetap berdosa.

Pengalaman saya, pernah seorang peserta tak suka dengan jawapan yang saya berikan kepada soalannya.
Lalu dia mengadu kepada cikgu lain, cikgu itu buat posting, dan akhirnya saya dan cikgu itu bercakaran.
Selepas itu saya ambil pendekatan, dengar sahaja. Kemudian,
Tapis.
Tapis.
Tapis.
Kita cikgu, kita kena lebih rasional dari orang lain. Kita kena lebih hormat kepada cikgu lain. Kita juga kena menghormati diri kita yang boleh jadi kita juga akan dihumban ke dalam cerita mengadu domba seperti itu.
Dunia berpusing, hari ini kita kemain nak bongkar kesilapan orang, esok-esok waktu kita, kita cakap kita teraniaya, sedangkan itu boleh jadi perkara yang menghapus dosa kita yang lalu.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
(Visited 625 times, 1 visits today)