Jika anda ada bakat bercakap, menyanyi, miming, dan menari, maka platform anda ialah Instagram, Youtube, Tiktok.
Jika anda tidak punya bakat, anda boleh belajar menulis dan membangunkan #content dalam bentuk teks di Facebook.
2 unsur ini berbeza.
Platform visual, Ia lebih kepada gambar dan video. Ia disebut sebagai medan entertainment.
Platform teks, Penulisan / story telling / content writing. Ia lebih kepada posting pengetahuan dan ilmu.
Kalian boleh bangunkan berapa banyak pun platform, namun akan ada yang lebih terampil dan kena dengan jiwa kalian.
Dan biasanya yang itu lebih tinggi followernya. Ya. Akaun media sosial kalian yang kalian sendiri suka, akan lebih bagus, lebih ceria dan lebih manfaat. Ia adalah kerana itulah jiwa kalian.
Itulah media sosial hari ini. Kita yang akan jadi daya penarik dalam setiap posting kita. Jika posting kita tak seiring dengan hati dan jiwa, percayalah, ia takkan kemana pun.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya pilih FB kerana tak ada bakat. Hehe.