Bermain dengan media sosial, kena fokus. Pembangunan #Content yang kita dah buat, kena fokus.
Susunan idea, pemilihan topik, kemudian tinggal nak jadikan ia sebagai posting, kena fokus.
Kita dah tahu semua asas.
Dari matlamat membuat posting sampailah kepada bank content, jadi sekarang buat sahaja.
Kesilapan paling besar yang biasanya orang tak jadi dan tak mahu buat ialah duk dengar cakap orang, duk tengok orang dan sentiasa dalam kepalanya apa orang fikir terhadapnya.
Dalam Filem Joker, kita sendiri dapat lihat bagaimana dia sendiri hancur apabila sentiasa mendengar dan mengambil cakap-cakap orang dan akhirnya menjadi barah besar dalam dirinya.
Kita nak buat benda baik, maka buat, berhenti fikir beriya, bangun dan buat.
Menulis ini hanya perlu 2 benda sahaja. Banyak membaca untuk memasukkan perkataan dalam kepala. Kemudian, keluarkannya semula. Itu sahaja. Dan dua-dua benda ini bukan dari orang lain, ia adalah diri kita sendiri.
Kita baca, kita dapat perkataan.
Kita luahkan, kita dapat penulisan.
Semuanya kita. Jadi fokus kepada kita. Nak ramai follower, nak sales berjuta, fokus. Tahan diri dari baca dari fikir dan dari membuka telinga dan mata untuk menerima apa sahaja kritikan atau cakap-cakap orang.
Bina dinding dan tak perlu peduli lagi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus, buat dan fokus!
(Visited 299 times, 1 visits today)