Antara cabaran kami yang duk buat kelas dan mendapat pengikut di sosial media ini ialah banyaknya modul kami ditiru dan kemudiannya dibuat pula kelas-kelas lain.
Lebih lagi orang itu seorang yang ‘hype’ dan sering mendapat liputan apa yang mereka tulis dan luah.
Kebiasaannya, mereka yang meniru ini akan cakap, “saya buat saya punya sendiri, yang tuan-tuan itu saya rujuk sahaja.”
Dulu-dulu saya merempan juga, geram. Namun sekarang, saya ok sahaja.
Saya pegang kata Imam Hassan Al-Basri,
“Rezekiku takkan diambil orang.”
Demi Tuhan, saya akan terus belajar. Dan ada peluang, akan terus kongsi. Orang yang beragama, kena faham dan hadam, membenci orang-orang ini hanya akan menyakitkan hati.
Dan orang-orang itu pula, biarkanlah. Itu hal dan kerja Allah untuk apa dibuatnya nanti. Kita tak perlu ambil pusing. Doakan kebaikan sahaja sudahlah.
Jadi jalan terus dan fokus kepada pembangunan diri.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kena sedar diri, kita hamba ja. Tak hebat mana pun.