Jalan Terus Gais!

“Kau tahu tak depa ni tak berenti burukkan kau? Termasuk ******! Dia ni bukan rapat dengan kau ke?”
 
Saya diam, baca sahaja print screen yang diberi. Tak tahu nak cakap apa. Kemudian kawan seorang ini meneruskan pumpang pumpang pumpang cerita. Sampailah saya dan seorang lagi kawan cakap “ok ok dah dah, tukar topik gaisss.”
 
Circle kita ini pusing-pusing sampai juga ceritanya.
 
Pertama, kalau orang bawa cerita kepada kita, hati-hati. Boleh jadi cerita kita pun dia akan sampaikan kepada orang lain.
 
Ke-2, lantak pi orang nak kata apa tentang kita. Bukan depa yang bayar bill, bukan depa yang tanggung keluarga, tanggung kakitangan, kerja keras syarikat dan sebagainya.
 
Ke-3, ada orang memang takkan berhenti berharap kita tumbang, hancur dan hapus. Jika ia terjadi, alhamdulillah. Jika ia tidak terjadi, juga alhamdulillah. Kita hidup ada Tuhan gais, matlamat kita ialah kekal dalam akidah sama sampai kita mati. Kemudian dibangunkan semula untuk dihisab. Itu pasti.
 
Ke-4, simpan aib orang kot macam mana pun. Dia burukkan kita dan apabila sampai berita itu ke telinga kita, perkara pertama yang syaitan buat ialah hasut kita tentang aib-aib yang dia pernah buat, dan kita tahu semua itu.
Syaitan suruh kita sebar seperti dia hebah aib kita. Ini kena beringat, kau buat, kau sama sahaja dengan mereka. Waktu inilah nikmat sabar itu best gila!
 
Ke-5, teruskan hidup. Gembira buat baik, lantaklah orang kata kita sibuk nak cerita kebaikan, udah memang itu yang disuruh. Kita tahu kita riak ke tak, kita tahu kita takabbur atau tak. Kita nilai sendiri bukan orang lain. Orang yang benci, semua benda dia nampak geli dan iri. Matlamat kita ialah sebar kebaikan supaya hal tersebut dapat dicontohi. Itu sahaja. Titik.
 
Ke-6, depa boleh lawan hujah apa sahaja termasuk dengan kasar, kesat serta peribadi. Dan kita tak perlu lawan beriya. Fokus sahaja dengan apa yang kita ada. Posting kita, status kita untuk orang yang suka baca, yang tak suka baca, akan baca juga namun mereka akan pelik kenapa kita tak jawab-jawab. Lambat laun mereka akan diam.

Ke-7, kita hidup bukan sebab orang yang benci kita. Namun untuk mereka yang sayang, suka, harap, serta sangat cintakan apa yang kita buat. Mereka ini adalah keutamaan. Kalau mereka nasihat, ambil. Kalau mereka marah, sayang. Kalau mereka tegur, peluk.

Yang benci, hatinya membusuk tanpa sebab. Jarang lihat diri sendiri banyaknya rugi. Namun mata sering nampak kejahatan dan kelemahan orang lain.
Tak nak belajar, tak mahu tundukkan hati. Asal kena tegur akan jawab jawab jawab, biar menang. Lalu sendiri murung, itu juga disalahkan Tuhan. Allah Yang Maha Esa itu tiada cela. Namun mereka ini menyalahkan sampai ke tahap lupa yang Allah itu bukan manusia, Allah itu Tuhan.
 
Mereka ini lupa nafas yang dia hirup itupun hak Allah. Kalau terputus namun masih bernadi, entah siapalah yang mereka nak ingat. Berdiam insaf atau masih memuat naik posting memaki.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus gais!
(Visited 340 times, 1 visits today)