Jom Bercuti Di Janda Baik!

Yang mahu percutian dengan suasana nyaman dan permai, boleh cuba ke ke sini. Lokasinya tidak jauh pun dari Kuala Lumpur.

Orang tak perasan pun sebenarnya kawasan Janda Baik ini punyai tarikan pelancong yang tersendiri.

Di kiri dan kanan boleh dengar bunyi unggas berkicauan. Ada juga pokok buah-buahan seperti durian, rambutan dan juga manggis. Dah macam dusun pun ada. Kalau datang kena musim berbuah, mahunya jadi musang ini curi buah. Kah kah.

Kawasan resort ini nyaman, ianya serba lengkap dan serba serbi cuckup untuk beri keselesaan kepada pengunjung. Keseluruhan biliknya ada 16. Ada katil single, ada katil Queen. Turut disediakan dewan untuk pelbagai aktiviti seperti bengkel, seminar atau pun kelas.

Di hujung kawasan ini, ia punyai sungai yang cetek parasa betis sahaja. Sesuai untuk merendam kaki atau mereka yang nak sejukkan badan. Sambil sambil menikmati pemandangan alam, fuhh nyaman betul. Ini kalau ada anak-anak sekali, tentu mereka suka.

Bagi yang menyukai aktiviti lasak, tempat ini boleh buatkan kalian teruja. Tak jauh dari resort ini, lebih kurang 5 minit sahaja perjalanan ada disediakan tempat untuk menunggang ATV. Ia ada “track” tersendiri yang kalian boleh pilih mengikut tahap kelasakan yang diinginkan. Siap boleh pusing kampung naik ATV. Masanya lebih kurang 45minit -1 jam.

Yang suka trekking, mereka juga ada sediakan tour Guide. Ia merupakan perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke destinasinya iaitu Tampik Waterfall.

Di tepi kawasan ATV ni pula adalah kawsan untuk lakukan pelbagai aktiviti air. Boleh buat macam-macam aktiviti disini. Contohnya tubing, water rafting, water confident dan lain lain lagi. Jangan risau, semua ini dibawah pantauan mereka yang terlatih.

Yang datang berkumpulan nak cuba main paintball pun best juga. Gelanggangnya terletak di kawasan yang sama.

Cuti sekolah yang masih berbaki elok jugalah bawa keluarga datang ke sini. Untuk datang kesini boleh terus buat carian di Maps atau Waze Suria Hill Country House, Janda Baik. Jaraknya lebih kurang 45 minit -1 jam sahaja jika datang dari Kuala Lumpur. Jika datang dari Bentong, jaraknya lebih kurang 40KM begitulah.

Untuk maklumat lanjut atau ada apa-apa pertanyaan, kalian boleh lawati website www.eryabysuria.com atau hubungi

09 2210 200
09 2210 200
09 2210 200

Posting asal di sini: https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad/posts/10218388839298204

(Visited 768 times, 1 visits today)